Takumi Minamino Akui Beliau Memerlukan Masa Untuk Menyesuaikan Diri Di Liverpool

Beliau menyatakan perkara itu selepas kemenangan 1 – 0 ke atas Everton menerusi wartawan Jepun semalam. 

Dan beliau mengakui beliau masih memerlukan masa untuk menyesuaikam diri dengan taktikal Liverpool setelah melalui salah satu perlawanan “bertekanan tinggi” di Anfield semalam.

Beliau diberikan peluang untuk bermain buat pertama kalinya dengan menyarung jersi Liverpool setelah melengkapkan perpindahan £7.25 juta dari RB Salzburg bulan lepas. 

Minamino mengisi posisi Roberto Firmino yang direhatkan untuk perlawanan ini dengan salah satu peluang beliau menerusi tandukan sipi hasil hantaran lintang Divock Origi. 

Persembahan beliau mendapat pujian daripada Jurgen Klopp yang melabelkan pemain itu sebagai “apa yang mereka mahukan dari beliau” untuk perlawanan tersebut. 

Pemain dari Jepun itu kemudiannya dikeluarkan ketika minit ke 70, melaungkan keyakinan bahawa beliau akan memberikan yang terbaik daripada hari ini. 

Menurut Minamino :

“Saya gembira menjadi sebahagian dari pasukan ini”.

“Ianya mungkin perlawanan bertekanan tinggi pertama yang saya lalui, namun saya tahu EPL adalah seperti ini dan ianya tidak mengejutkan saya”.

“Cara kami menekan lawan dengan agresif, menekan lawan ketika permainan dan cara mencipta ruang hampir serupa dengan apa yang kami lakukan di Salzburg”.

“Namun sistem permainan tidak sama jadi saya akan belajar untuk memahami perbezaan sistem ini dan menyesuaikan diri dalam pasukan”.

“Saya berpendapat stadium ini mampu menaikkan semangat pemain. Penyokong yang hebat dan saya bersyukur kami memenangi perlawanan ini”.

ADMIN

Beliau masih memerlukan masa lagi. Percayalah yang terbaik dari beliau akan hadir. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply