Pengalaman Lalu Inspirasi Final

Jurgen Klopp menyatakan bahawa rekod buruk dalam final-final terdahulu bakal memainkan peranan dalam persiapan The Reds bertemu Real Madrid Sabtu ini. Walaupun memiliki reputasi sebagai antara pengurus terbaik Eropah, beliau melalui detik sukar dalam perlawanan akhir sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau telah tewas dalam 5 final terakhir, termasuk ketika Liverpool ditundukkan Sevilla dalam Piala Europa 2 tahun lalu dan ketika Dortmund tewas kepada Bayern Munich dalam final Liga Juara-juara 2013. Ini membuktikan bahawa taktikal Klopp tidaklah sempurna, dan adakalanya sedikit kesilapan kecil dan kehebatan pihak lawan menafikan kemenangan beliau…

Baca Lagi

Firmino Memberikan Komitmen Mengenai Masa Depannya Di Liverpool

Roberto Firmino memberi rangsangan terbesar kepada seluruh peminat Liverpool dengan mengesahkan bahawa dia gembira untuk kekal di Liverpool pada tahun-tahun yang mendatang. Pemain Brazil ini menikmati musim ini apabila dia cemerlang di Anfield, menjaringkan 19 gol dan 10 bantuan gol. Bercakap kepada Esporte, pemain berusia 26 tahun ini mengesahkan dia sangat gembira di Merseyside dan percaya bahawa kelab menuju ke arah yang betul di bawah rejim Jurgen Klopp. Firmino berkata : “Liverpool adalah kelab yang hebat di eropah dan menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini sangat memuaskan saya.” “Saya bekerja…

Baca Lagi

Mohamed Salah Dipuji Oleh Klopp Atas Dua Gol Yang Dijaring Olehnya Semalam

Jurgen Klopp memuji Salah atas prestasi yang luar biasa yang dijaringkan oleh nya di Anfield dan gol minit ke-91 beliau hampir memberikan kemenangan kepada pasukan namun keputusan kontroversi pengadil pada minit akhir mengakibatkan Reds kehilangan tiga mata yang penting.   Salah membuka jaringannya pada minit ke-3 setelah hantaran kebelakang Eric Dier yang lemah dan Salah menjaringkan gol dengan begitu mudah untuk meletakkan Liverpool dihadapan. Namun dia hampir memberikan gol kemenangan pada masa tambahan setelah menggelecek beberapa pemain Spurs didalam kotak oenalti dan menjaringkan gol. Sangat luar biasa. Bagi sesetengah orang,…

Baca Lagi

Harry Wilson : Perpindahan Ke Hull City Untuk Menarik Perhatian Kedua-Dua Pengurus Klopp Dan Giggs

Harry Wilson mendedahkan rancangannya untuk menggunakan tempoh peminjamannya ke Hull City sebagai cara untuk memaksa dirinya untuk menuju ke dalam pemikiran Jurgen Klopp untuk jangka masa yang panjang di Liverpool. Pemain antarabangsa Wales tersebut menyertai Tigers sebagai pemain pinjaman hingga akhir musim ini pada hari terakhir jendela perpindahan sebelum perpindahan tersebut, Wilson telah menandatangani kontrak lanjutan di Anfield. Walaupun membintangi pasukan B-23 Liverpool namun Wilson masih gagal menambat hati Klopp, sejauh ini Wilson hanya beraksi satu perlawanan untuk Reds, bermain selama 25 minit ketika kemenangan 1-0 ke atas Plymouth dalam…

Baca Lagi

Jurgen Klopp Perlu Memenangi Kejuaraan Bersama Liverpool : Didi Hamann

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp perlu mendapatkan trofi sekurang-kurangnya pada tahun hadapan ujar bekas pemain tengah Liverpool, Didi Hamann dengan mengatakan Liverpool perlu menamatkan kemarau kejuaraan. Kejuaraan terakhir Liverpool ketika sepakan penalti ke atas Cardiff City pada tahu 2012 perlawanan akhir Piala Liga dan ia satu-satunya trofi semenjak kemenangan Liverpool ke atas West Ham pada Piala FA dimana Hamann sendiri menjaringkan gol dadi jarak 12 meter. Kini bekas pemain yang berusia 44 tahun ini percaya Reds perlu mendapatkan sekurang -kurangnya penghargaan tertinggi dalam bola sepak. Hamann memberitahu FourFourtwo : “Dalam sidang…

Baca Lagi

Arsene Wenger Tidak Gembira Apabila Jurgen Klopp Menerima Lebih Pujian Berbanding Pasukan Arsenal

Arsene Wenger tidak merasa gembira selepas menyatakan pasukannya tidak mendapat pujian yang selayaknya. Gunner yang kini berada di kedudukan ke-6 dalam carta Liga Perdana, akan melangkah ke perlawanan akhir sekiranya berjaya memenangi perlawanan kedua Piala Liga ke atas Chelsea di Emirates. Wenger telah menerima beberapa kritikan pedas dalam beberapa tahun kebelakangan ini setelah jauh ketinggalan dalam kedudukan liga meskipun menjuarai 3 Piala FA dalam masa empat tahun. Dan bos Gunners tersebut percaya media lebih ‘meraikan’ pasukan lain, dengan Jurgen Klopp didalam pasukan Liverpool masih jelas dalam pandangannya. Wenger berkata ketika…

Baca Lagi

Jurgen Klopp Menyeru Pasukannya Tetap Konsisten Untuk Meneruskan Rekod Tanpa Kalah Di Swansea

Jurgen Klopp mungkin berada di dalam keadaan yang terbaiknya sebagai pengurus Liverpool tetapi Klopp masih mahukan pasukannya tetap konsisten untuk perlawanan pada pagi ini menentang Swansea. Reds masih meneruskan rekod tanpa kalah sebanyak 18 perlawanan dalam semua kejohanan dan kemenangan ke atas Swansea akan merekodkan kemenangan keenam berturut-turut dan ironinya ia adalah kali pertama semenjak pengurus kelahiran Jerman ini mengambil alih tampuk pengurusan Liverpool. Jika mereka berjaya mengelakkan kekalahan, ia juga akan mencipta rekod baru tanpa kalah sebanyak 20 perlawanan dan seterusnya dapat memadamkan rekod 21 tahun yang lalu. Tetapi…

Baca Lagi

Virgil Van Dijk Disahkan Cergas Tetapi 3 Pemain Lain Masih Diragukan Ketika Lawatan Ke Swansea City

Van Dijk dijangka akan cergas untuk pertemuan menentang Swansea City pada hari hari selasa tetapi 3 rakan sepasukan lainnya masih diragukan. Reds akan membuat lawatan ke Liberty Stadium dimana mereka mencari kemenangan keenam berturut-turut dan mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 18 perlawanan setakat ini. Van Dijk terlepas ketika perlawanan 4-3 yang memihak Liverpool pada ahad lalu dengan kecederaan kecil tetapi dia dilihat akan diturunkan pada perlawanan pertama liga perdana menentang Swansea City. Jurgen Klopp mengesahkan berita tersebut semalam tetapi menyatakan bahawa Salah, Klavan dan Lovren masih dalam keraguan. Klopp berkata…

Baca Lagi

Jurgen Klopp Menjelaskan Kenapa Roberto Firmino Adalah Nama Pertama Pemain Liverpool Yang Dipilih Di Melwood

Pemain Brazil telah menjadi kunci utama untuk pasukan Klopp dan semua orang di Liverpool menghargainya. Jurgen Klopp mengulangi semula betapa pentingnya Firmino untuk pasukan nya dan mendedahkan bagaimana pemain Brazil tersebut dihargai oleh semua orang di Melwood. Prestasi Firmino dalam beberapa minggu ini sangat menakjubkan. Penyerang tersebut telah menjaringkan 17 gol pada musim ini dan bermain sebagai kunci utama dalam permainan Klopp yang dinamik dan pasukan yang cenderung menyerang. Jamie Carragher pernah menyatakan pada minggu ini bahawa pemain berusia 26 tahun ini adalah “nama pertama yang dipilih dalam barisan pemain”…

Baca Lagi

Firmino Mengenai Gaya Meraikan Gol Dan Menjadi Enjin Pasukan

Roberto Firmino telah memberikan wawancara yang jarang dilakukannya di laman web rasmi Liverpool FC bagi membincangkan kadar kerja nya, gol, keraian gol dan menyesuaikan diri sebagai no.9. Firmino berpindah ke Anfield pada harga £29 juta pada Julai 2015 lalu dan selepas permulaan yang perlahan dibawah Brendan Rodgers kemudian dia mula mencari tempatnya selepas Jurgen Klopp mengambil alih. Pemain berusia 26 tahun ini telah matang dan berkesan sebagai pemain yang dipandang rendah di eropah dengan 17 golnya pada musim ini serta lebih banyak yang yang akan datang dalam permainannya. Dia sekali…

Baca Lagi

Alex Oxlade Chamberlain Menutup Mulut Pengkritiknya Selepas Diberi Beberapa Peluang Oleh Jurgen Klopp

Alex Oxlade Chamberlain akan menutup mulut pengkritiknya jika dia berterusan bermain seperti perlawanan tempoh hari selepas Jurgen Klopp terus memberi peluang kepadanya untuk terus berkembang. Perpindahannya ke Liverpool memberi reaksi berbeza pada musim panas lalu dengan pihak Arsenal percaya telah menerima wang hasil perpindahannya sebanyak £35 juta ini kerana pemain tersebut dipenghujung kontraknya tapi jangan dilupakan umurnya masih muda. Selepas permulaan yang perlahan di Merseyside, penampilan pertamanya muncul sebagai pemain gantian ketika kekalahan 5-0 kepada Manchester City di Etihad namun kerjayanya kembali bersinar beberapa minggu ini kemuncaknya apabila dia berjaya…

Baca Lagi

Jurgen Klopp Menerangkan Kenapa Manchester United Bukan Untuknya Tetapi Liverpool Yang Sempurna

Jurgen Klopp menjelaskan kenapa dia menolak peluang untuk Manchester United. Bos Liverpool ini berpeluang untuk mengambil alih tampuk kepimpinan pasukan yang bermain di Old Trafford tersebut berikutan pemecatan David Moyes pada 2014 lalu. Cerita mengenai nya diambil daripada buju terbaru yang ditulis oleh jurnalis Raphael Honigstein, yang memberi tahu secara terperinci kenapa Klopp lebih memilih untuk kekal di Borussia Dortmund. Juga dalam temu bual terbaru bersama Lagenda Liverpool, Phil Thompson untuk Sky Sports dimana Klopp mengesahkan berita minat daripada Manchester United ke atas nya. Klopp berkata : “Ya. Ada minat…

Baca Lagi