Disebalik Tabir Sesi Penggambaran Kit Baru Musim Hadapan.

New Balance sekali lagi berani mencipta satu kit yang menarik pada musim hadapan dengan mengambil inspirasi dari kit zaman 80 an. Kit ini ditambah baik dengan memasukkan unsur moden, kelihatan lebih menarik dan nampak segar dan perubahan warna terlihat merah kelihatan lebih pekat. Dikhabarkan kit ini diambil dari inspirasi ketika Liverpool memenangi UCL pada tahun […]

Jordan Henderson : Saya Tidak Menjangkakan Liverpool Akan Jaringkan 4 Gol

Namun beliau gembira dengan Liverpool bersikap agresif untuk memenangi perlawanan tersebut. Dan kapten Liverpool itu menyifatkan bahawa beliau tidak menjangkakan permainan itu bakal berakhir dengan jaringan yang cukup besar, dengan beliau menyatakan Porto tidak seharusnya menerima kekalahan besar namun teruja melihat keupayaan pasukan untuk melangkah ke separuh akhir. Sadio Mane, Mo Salah, Virgil Van Dijk […]

Liverpool Tempah Tiket Separuh Akhir UCL – Tewaskan Porto 1 – 4 Di Dragao

Skuad Klopp kini bakal berhadapan dengan juara Sepanyol, Barcelona. Perlawanan kedua yang berlangsung di Porto ini menyaksikan Klopp merombak pasukan dengan membawa masuk semula Joel Matip dan Andy Robertson di pertahanan manakala Milner serta Wijnaldum berada tengah sambil Origi menggantikan Firmino. Porto bermula dengan sangat garang untuk menebus kembali kesilapan mereka di Anfield apabila melakukan […]

Sergio Conceicao : LFC Pasukan Terbaik Di Dunia : Namun Kami Mahu Buat Kejutan

Beliau memuji perkembangan pasukan Liverpool namun tidak menafikan bahawa pasukan tersebut boleh ditewaskan. Sergio Conceicao juga menyatakan Liverpool berada pada tahap “antara yang terbaik di dunia” namun beliau cuba mencari cara untuk mengejutkan Liverpool. Selain itu, Porto juga akan diperkuatkan dengan kehadiran kembali pemain utama seperti Pepe dan Hector Herrera pada perlawanan awal pagi esok. […]

Perkembangan Kecergasan Terkini Mengenai Lovren, Hendo, Ox dan Lallana

Jurgen Klopp menjelaskan mengapa beliau tidak membawa Dejan Lovren bersama ke dalam skuad yang berlepas ke Porto awal pagi semalam. Pemain pertahanan itu terlepas sesi latihan waktu pagi Selasa berikutan jatuh sakit, sekaligus tidak tersenarai dalam skuad 21 pemain yang berlepas dari John Lennon Airport ke Porto. Adam Lallana dilaporkan kembali cergas, manakala Jordan Henderson […]

Firasat Sir Alex Ferguson: Liverpool Akan Menjulang Piala Liga Perdana

Menurut Jonathan Walters, Sir Alex Ferguson berpendapat bahawa Liverpool akan memenangi Liga Perdana. Bintang serta lagenda yang berjaya menundukkan The Reds pada suatu ketika dahulu, kini menyokong Liverpool agar mengangkat Piala Liga pada musim ini. Bekas Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya The Reds akan meraih lebih banyak kemenangan berbanding Manchester City apabila musim […]

Carra : Sadio Mane Pemain Sayap Terbaik Selepas Zaman John Barnes

Lagenda Liverpool ini memperkatakan dengan khusus mengenai pemain dari Senegal ini. Mane telah menunjukkan prestasi terbaiknya bersama Liverpool musim ini dan menjaringkan lebih banyak gol tanpa sepakan penalti bersama The Reds. Beliau setakat ini telah menjaringkan 18 gol setakat ini, dan menjadi topik analisis dari Jamie Carragher dalam rancangan Monday Night Football. Namun Carra bukan […]

Jurgen Klopp : Gol Mo Salah Mengagumkan!

Pengurus Liverpool itu terkesima dengan rembatan “roket” pemain Mesir dan memuji persembahan pasukan ketika menentang Chelsea. Dan beliau mahu anak buahnya terus fokus untuk baki perlawanan liga musim ini dalam perebutan kejuaraan EPL. Salah menjaringkan gol selepas 142 minit gol pembukaan Sadio Mane untuk memberikan Liverpool kelebihan 2 mata ke atas Man City buat masa […]

Salah Dan Mane “Bom” Chelsea : Menang 2 – 0 Di Anfield

Kemenangan itu sudah cukup untuk meletakkan Liverpool kembali ke takhta liga dengan 1 perlawanan dalam tangan. Jurgen Klopp merombak sedikit barisan pertahanan dengan kembalinya Robbo dan juga Matip, dan menggandingkan Fabinho – Keita dan Henderson di bahagian tengah. Liverpool memulakan perlawanan dengan tempo tinggi apabila terus menghantar bola ke kawasan Chelsea untuk terus menekan pertahanan […]

Berehatlah, Tommy Smith

Seluruh warga Liverpool bersedih di atas kematian seorang lagenda kelab, Tommy Smith. Smith yang telah berkhidmat selama hampir 2 dekad bersama kelab dan telah diberi jolokan iaitu “Anfield Irons” oleh peminat, meninggal dunia pada usia 74 tahun. Dilahirkan di Liverpool pada 1945, beliau telah melakukan penampilan sebanyak 638 kali bersama kelab dari tahun 1960 hingga […]

Liverpool FC Mengalu Alukan Rakan Kongsi Terbaru Dari Malaysia

The Reds bersama sama syarikat penjualan barangan sukan terbesar di Malaysia, Al Ikhsan menjadi rakan kongsi yang akan membolehkan ramai peminat Liverpool di Malaysia memperolehi item kelab rasmi. Perjanjian itu juga akan membolehkan kelab dan Al Ikhsan Sports bekerjasama untuk membuka 55 kedai “shop in shop” dan 3 kedai di seluruh Malaysia, bersama sama kiosk […]

Liverpool Dengan Nike Belum Mencapai Persetujuan : Adidas Turut Berbincang

The Reds masih mengadakan perbincangan dengan kedua dua gergasi barangan sukan tersebut dan dilaporkan akan melebihi £750 juta. Sportsmail melaporkan bahawa pada Disember lepas perjanjian antara Liverpool dan New Balance yang bernilai £45 juta setahun akan tamat pada musim panas 2020, dan The Reds bersikap terbuka untuk mencari pembekal jersi mereka yang terbaru. Sumber dalaman […]

error: Content is protected !!