Terowong Red Star Belgrade Adalah Yang Paling Menakutkan Dalam Sejarah Liga Juara-Juara

Napoli merupakan pasukan pertama berhadapan dengan laluan berjalan kaki yang amat digeruni, bagi Kumpulan C UCL 18/19.

Bagi pasukan yang berjaya melayakkan diri masuk ke Liga Juara-Juara, secara tidak langsung telah mempromosikan beberapa stadium terbaik di dunia.

Dengan berbekalkan kepada kemudahan terbaik yang bakal ditunjukkan, namun berbeza untuk kali ini .. yang mana ianya mungkin menjadi mimpi ngeri bagi pasukan pelawat.

Selamat datang ke ‘neraka’ !

Ayat seakan tidak bersangkutan, tapi itulah mukadimah terbaik untuk memperkenalkan stadium Red Star, stadium yang akan menjadi pertembungan terakhir Liverpool menentang Red Star Belgrade.

Yang juga sebenarnya menceritakan gambaran perjalanan para pemain Liverpool, yang perlu mereka lalui dari bilik persalinan ke padang ketika bermain vs Red Star Begrade di Serbia jam 2 pagi nanti.

Dengan stadium dijangka akan dibanjiri 55,000 penonton, bakal mewujudkan satu suasana yang sangat epik diantara kedua-dua penyokong untuk perlawanan kedua Kumpulan C Liga Juara-Juara.

Dengan segala-galanya telah direka bentuk untuk menjadikan Liverpool terasa sedikit ‘cuak’ dalam berdepan dengan pasukan yang mempunyai penyokong paling ‘ganas’ didunia.

Masakan tidak, terowong di Stadium Rajko Mitic seumpama ‘rumah berhantu’.

Tengok …

Video tersebut telah dirakam sebelum ‘Eternal derby’, di antara Red Star dan ‘rival’ tempatan Partizan Belgrade.

Berjalan kaki ke padang sajapun mengambil masa lebih daripada satu minit, dan di sepanjang dinding terowong itu, para pemain pasukan pelawat akan di sajikan dengan lukisan grafiti, malah terdapat polis bersenjata juga dalam laluan terowong tersebut.

Boleh dikatakan pengalaman yang bakal ditempuhi pemain Liverpool nanti sangat-sangat berbeza dengan apa yang telah mereka biasa rasai semasa bertandang ke stadium lawan yang mewah bagi di Liga Juara-Juara.

Pemain akan bermula masuk melalui pintu suram dan sempit.
Pengawal bersenjata berbaris mengawasi keselamatan para pemain.
Terdapat begitu banyak sekali lukisan Red Star di sepanjang dinding laluan terowong tersebut.
Hakikatnya, keseluruhan pengalaman ini dicipta bagi menimbulkan rasa gerun pasukan pelawat terhadap Red Star.

Dengan Napoli yang telahpun meraih pengalaman pertama melalui terowong ‘maut’ bagi cabaran pasukan dalam Kumpulan C, dengan sekadar meraih keputusan seri tanpa jaringan, dan awal pagi ini disusuli Liverpool pula, yang kemudiannya diakhiri dengan PSG.

Dengan ini, terowong bagi stadium Marakana ini boleh dikatakan menjadi saingan sengit kepada pasukan Kumpulan C, yang akhirnya melihat bagaimana setiap pasukan bertindak balas terhadap suasana di Belgrade.

Napoli sudah pun menyelesaikan tugas mereka, kini tumpuan terarah kepada Liverpool dan PSG pula.

Admin :

Sama seperti Liverpool, tanda ‘This is Anfield’ adalah untuk memberi isyarat yang pasukan lawan berada di Anfield.

Stadium Liverpool yang terkenal sebagai sebuah tempat yang auranya juga semegah namanya. Stadium besar dengan atmosfera hebat didunia. Tanpa pengaruh negatif.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Dream Team

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds