Tewas Ditangan RS Belgrade, Liverpool Masih Lemah !

Liverpool tewas ditangan juara bertahan kelab Serbia , Red Star Belgrade kini yang mendominasi liga di Serbia tanpa kalah di kedudukan utama,manakala Liverpool lebur rekod tanpa kalah musim ini.

Liverpool gagal mencuri tiga mata ketika mereka bertandang ke kubu kuat Red Star Belgrade untuk perlawanan Liga Juara-Juara 2018-2019 pada Rabu (7/11/2018) pagi. Kekalahan itu menjadikan jurulatih Liverpool, mengakui Red Star telah mengambil kesempatan dalam kelemahan pasukannya dengan sangat baik.

Menurut jurulatih Jerman, Red Star tahu apa yang perlu dilakukan apabila perlawanan baru bermula. Klopp merasakan bahawa jurulatih Red Star, Vladan Milojevic tahu kelemahan Liverpool sehingga ketika babak pertama, pasukan itu mampu menjaringkan dua gol ke dalam gawang Reds-Liverpool.

Oleh itu, Klopp berharap pemain Liverpool dan dirinya mesti membersihkan kelemahan itu. Dia tidak mahu insiden itu diulang dan berjaya digunakan dengan pasukan lain lagi.

“Kami mempunyai masa perjalanan yang sangat panjang (untuk kembali ke Liverpool). Masa yang sangat panjang untuk memikirkannya (mengatasi kelemahan Liverpool). Kerana pada hujung minggu kita akan berhadapan dengan Fulham, “kata Klopp

“Mereka akan melihat pertandingan malam ini dan akan berpikir ‘okay itu adalah kelemahan Liverpool’. Jadi kami perlu untuk mengatasi permasalahan ini sebelum akhir musim nanti. Tentu saja Anda dapat melihat bahwa ada beberapa hal yang berjalan dengan baik. Kami sudah sangat berjuang keras, namun mereka memang pantas untuk mendapatkan tiga mata,” tambahnya.

“Itu adalah sebuah laga di mana kami kalah. Kami merasakannya bahwa para pemain sangat kecewa. Saya juga kecewa. Kami harus melakukannya lebih baik lagi karena kami mampu melakukannya. Akan tetapi pada malam itu sudah terlambat. Kami harus belajar (dari kekalahan saat melawan Red Star,” akhir kata Jurgen Klopp

Sudah pasti kekalahan ini membuat Liverpool membuka mata dan berfikir akan ada masalah musim lalu akan berulang dengan tewas di tangan kelab bukan pilihan(kelab kerdil) , ia harus ditangani jika ingin mencapai sesuatu yang baik musim ini.

Walaupun bermula dengan baik musim ini sudah pasti kekalahan kedua dalam musim ini di liga juara-juara termasuk tewas di tangan Chelsea di piala Carabou Cup pasti menggusarkan para penyokong untuk melihat kelab ini sekurang-kurangnya mendakap satu piala.

Admin Handsome

Sebenarnya kekalahan pagi tadi disebabkan admin ,kerana admin tidur dan tidak dapat menonton. Kerana aura admin selalu ya beri Liverpool menang , sebab admin ada ic handpil .

Post Author: D'Azmie LMreds

Blood Is Reds So Don't ask why Me Be Liverpool Fan