The Godfather- William “ Bill “ Shankly Part Two.

Rebuilding and Glory.

Adakah Tentera German Datang dan Melontarkan Bom Di Sini?

14 Disember 1959, ketika Shankly menjejakkan kakinya di Melwood, pusat latihan tersebut berada dalam kondisi yang sangat teruk. Salah satu padang latihan seolah-olah telah di bom dan hanya mempunyai satu pavilion untuk criket yang dibuat daripada kayu.Padang di Anfield juga tidak diuruskan dengan baik.

 

 

Liverpool ketika ini telah berada di liga Division 2 selama 5 musim.

Hari-hari awal Shankly di Liverpool dipenuhi dengan usaha beliau untuk membina semula facility , system latihan dan persefahaman sesama pemain.

Hanya selepas satu perlawanan, Shankly berpendapat pemain di Liverpool itu tidak cukup bagus.24 pemain diletakkan di Transfer List. Beliau mempunyai staff kejurulatihan yang bagus namun tidak mempunyai pemain yang bagus.

“After only one match I knew that the team as a whole was not good enough. I made up my mind that we needed strengthening through the middle, a goalkeeper and a centre half who between them could stop goals, and somebody up front to create goals and score them” Bill Shankly .

Barisan jurulatih Liverpool ketika adalah Bob Paisley, Joe Fagan dan Reuben Bennet. Bob Paisley dianggap sebagai tactician dan Bill Shankly merupakan motivator untuk pemain.

 

 

Kejayaan Liverpool berpunca daripada system latihan yang dicipta oleh mereka. Shankly mengubah bilik stor lama, yang kemudianya dikenali sebagai boot room yang merupakan tempat untuk staff kejurulatihan berbincang sesama mereka. Pemain pula diwajibkan untuk berkumpul dan menukar baju di Anfield sebelum datang ke Melwood bersama-sama mengunakan bas yang disediakan.

 

 

Salah satu latihan asas latihan Shankly adalah Five-a-side game. Kaedah yang selalu beliau gunakan di kelab-kelab beliau sebelum ini. Manakala, bagi membina stamina, reflexes dan skill, Shankly mengenalkan kaedah “sweat box”.Ulasan Shankly berkenaan “sweatbox” adalah seperti berikut:

“using boards like the walls of a house with players playing the ball off one wall and on to the next; the ball was played against the boards, you controlled it, turned around and took it again”.

Selain itu, beliau terpaksa berhadapan cabaran  untuk meyakinkan board of director membeli pemain baru. Sehinggalah beliau menemui Eric Sawyer yang menyertai Liverpool board of director dan mempunyai visi yang sama sepertinya.

Usaha keras Shankly membuahkan hasil, Beliau mengambil masa 3 musim dan akhirnya berjaya memenangi Liga Division Dua pada musim 1961-1962 selepas menamatkan cabaran pada tempat ke-3 ketika 2 musim pertamanya bersama Liverpool.Hanya juara dan tempat ke-2 untuk Liga Division Dua dinaik taraf ke Liga Division Satu.

Musim berikutnya Liverpool menamatkan musim pertama mereka di division satu di tempat ke-8 sebelum memenanginya pada musim 1963-1964.

 

Tahun berikutnya , Shankly menjulang F. A Cup dan mara ke separuh akhir European Cup.Namun, bebanan akibat bermain untuk F.A Cup, European Cup dan Liga menyebabkan Liverpool menamatkan musim di tempat ke-7.

Kejuaraan di peringkat Eropah hanya berjaya dijulang selepas hampir 14 tahun Shankly menguruskan Liverpool. Mereka menewaskan Borussia Monchengladbach dan pertama kali memenangi UEFA Cup dalam sejarah kelab.

 

Credit: lfchistory
Credit: lfchistory

 

Selama 15 tahun menguruskan Liverpool, Shankly telah membantu Liverpool menjulang 3 Piala First Division , Satu Piala Second Division, 2 Piala F.A . 3 Charity Shield dan 1 UEFA Cup.

Persaraan Shankly diumumkan pada 12 July 1974 oleh Pengerusi Liverpool John Smith. Di dalam autobiography beliau , selepas memenangi F. A Cup pada 1974, Shankly telah berusia 60 tahun. Beliau mula berasa penat dan memutuskan untuk bersara dari dunia bola sepak

“It is with great regret that I as chairman of Liverpool Football Club have to inform you that Mr Shankly has intimated that he wishes to retire from active participation in league football. And the board has with extreme reluctance accepted his decision. I would like to at this stage place on record the board’s great appreciation of Mr Shankly’s magnificent achievements over the period of his managership”.Liverpool Chairman, John Smith.

Keputusan yang beliau akhirnya kesali.

Post Author: Bos LMreds