The Reds Tenggelam Di Balkan; Tumpas 2 – 0 Ke Atas Red Star Belgrade

Ini merupakan antara persembahan terburuk Liverpool sepanjang kempen 2018 2019.

Jurgen Klopp melakukan rombakan dalam kesebelasan utama, dengan memasukkan Joel Matip, Adam Lallana dan Daniel Sturridge sambil merehatkan Roberto Firmino dan Naby Keita di bangku simpanan.

Namun Liverpool seolah olah gagal menemui rentak mereka dalam perlawanan ini dengan percubaan Daniel Sturridge pada minit ke 17 tinggi melewati palang dan satu lagi dihalang lawan pada minit ke 20.

Liverpool akhirnya dihukum dengan kealpaan menerusi sepakan sudut apabila Pavkov menanduk masuk gol pertama untuk Red Star mendahului pada minit ke 22.

5 minit berselang, giliran barisan tengah pula dihukum Pavkov apabila lariannya gagal dihalang Gini Wijnaldum dan disudahi dengan rembatan padu ke gol melepasi jangkauan Alisson untuk Red Star selesa mendahului dengan 2 – 0.

Keputusan itu kekal hingga rehat separuh masa dengan selepas itu Klopp melakukan pertukaran drastik dengan memasukkan Firmino menggantikan Sturridge dan juga Joe Gomez bagi menggantikan Trent.

Liverpool hampir memberikan respon pantas dengan satu percubaan Mane di hadapan gol dihadang oleh pertahanan Red Star pada minit ke 49.

Pada minit 56, satu hantaran lintang Robertson pula mengenai palang gol dan dikeluarkan pertahanan Red Star.

Perlawanan berlangsung dengan Liverpool sentiasa mencipta peluang namun Red Star kekal bertahan di kawasan sendiri, hingga memaksa Klopp melakukan pertukaran pada minit ke 80 dengan memasukkan Divock Origi dan mengeluarkan Adam Lallana.

Satu satunya percubaan yang hampir berjaya membolosi gawang Red Star adalah menerusi Mo Salah pada lewat permainan, namun didakap kemas penjaga gol dan keputusan perlawanan itu kekal hingga tamat perlawanan untuk menyukarkan laluan Liverpool ke. Pusingan Kedua Kalah Mati UCL 2018 2019.

ADMIN

Tiada apa yang terlalu positif dalam permainan ini. Entah ramai yang buat silap malam ini. YNWA.

Post Author: Mohd Nuruzzaman