Thierry Henry Memberi Saranan Yang Bagus Kepada Lord Origi

Divock Origi menjaringkan 2 gol keatas Everton awal pagi tadi yang menyaksikan Liverpool menang besar keatas musuh setempat mereka, Everton.

Namun, ikon Premier League tersebut menyarankan Origi untuk maju ke tahap seterusnya bersama Liverpool apabila memberi aksi yang memukau dalam Merseyside Derby ke-234 di Anfield.

Kebanyakan peminat bola sepak agak terkejut dengan pemilihan skuad oleh Jurgen Klopp apabila meletakkan Origi sebagai penyerang tengah berbanding Firmino pada perlawanan tadi namun pemain Belgium tersebut membalas semula kepercayaan pengurusnya apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Liverpool meneruskan rekod kemenangan di EPL.

Skuad Jurgen Klopp ketika ini mengungguli kedudukan liga dengan 8 mata daripada pasukan ditempat kedua dan 11 mata daripada pasukan ditangga ketiga.

Ianya jelas menunjukkan bahawa Origi juga mempunyai keupayaan untuk menjadi aset penting Liverpool, terutamanya apabila kepadatan perlawanan di bulan Disember. Tetapi, Henry telah memberi nasihat bagaimana dia mampu untuk meningkatkan prestasi nya. 

Henry berkata untuk rancangan di Amazon Prime Video :

 “Apa yang paling penting untuk Origi adalah dia bermain sebagai penyerang tengah dan ianya adalah satu tanda hormat dari Jurgen Klopp untuk beliau, kerana sebelum ini bermain disebelah kiri atau kanan.”

“Dia sendiri tidak pasti sama ada dia boleh bermain sebagai penyerang utama ataupun sekadar penyerang yang memegang bola dan menunggu rakan sepasukan datang kepada nya tetapi apa yang anda semua saksikan pada malam ini adalah dia berlari dari tengah ke kanan kerana dia sangat selesa berada di sayap.”

“Apabila dia telah menguasai di tengah, dia akan membawa bersama pertahanan tengah pihak lawan ke sayap kanan, dan dia mampu untuk menggelecek, mereka kini mempunyai senjata lain dibahagian tengah selain daripada Bobby Firmino.”

“Saya tidak sukakan perkataan pemain gantian, saya tidak sukakan penggiliran pemain kerana kalian adalah satu skuad dan sebahagian akan dipanggil selain daripada pemain lain sebab anda perlukan pemain lain diatas padang tetapi saya gelarkan mereka sebagai ‘gamechanger’. Anda perlu masuk ke padang dan ubah perlawanan tersebut.”

 

Nasihat yang berguna daripada lagenda Arsenal dan Perancis ini untuk Divock Origi memberikan saingan kepada Bobby Firmino di bahagian tengah serangan. 

Pemain terbaik semalam adalah Sadio Mane namun Origi sentiasa adalah pemain terbaik untuk perlawanan-perlawanan besar seperti ini. 

 

Admin : 

Sebab tu beliau digelar Lord Origi oleh penyokong Liverpool. Haha

 

Sumber : Liverpool Echo, Amazon Prime Video

Post Author: Nazz Adam