Thomas Lemar Kecewa Kerana Tidak Berpindah Ke Liverpool Pada Januari Lepas

Thomas Lemar menzahirkan rasa kecewa kerana tidak berpindah ke Liverpool namun masih berharap ianya akan dimetrai pada penghujung musim nanti.

Pasukan Liverpool dikaitkan dengan pemain antarabangsa Perancis ini sejak beberapa kali musim perpindahan.

Liverpool gagal membawa pemain ini daripada Monaco pada Ogos lepas walaupun membida pemain ini hampir 80 juta pounds yang lepas namun perpindahan ini disekat oleh kelabnya itu.

Sekali lagi, pemain ini dikaitkan dalam skuad Liverpool setelah Philippe Coutinho berpindah ke Barcelona pada Januari lepas, nmaun kedua kelab ini, Liverpool dan Monaco masing-masing masih tidak mencapai persetujuan.

Walaubagaimanapun, ianya telah menunjukkan bahawa Jurgen Klopp tidak mahu mendapatkan pemain ini lagi seperti yang dilaporkan oleh Echo kerana Jurgen Klopp merasakan harga perpindahan masih tidak masuk akal.

Ketika ini, Lemar telah membuka mulut mengenai masa depannya. Dan secara faktanya, 2 kelab yang mahu mendapatkannya dan telah melakukan bidaan iaitu Liverpool dan Arsenal pada awal musim ini.

“Kecewa? Mungkin. Saya tidak boleh sembunyikannya (kekecewaan). Saya berasa sedikit kecewa” 

Katanya ketika berada dalam kem pasukan Perancis kepada Telefoot.

“Setelah ianya berakhir dan ianya telah berakhir (masa perpindahan). Jadi saya cuba untuk tidak memiirkannya.”

Thomas Lemar juga seolah-olah ‘playsafe’ dan tidak menolak sebarang perpindahan membabitkan kelab besar yang lain dan bukan sahaja Liverpool semata-mata.

“Saya terus berusaha untuk kelab ‘sebegini’ akan datang semula pada musim perpindahan akan datang. Saya terbyka kepada semua tawaran. Saya adalah seorang pemain bola sepak. Saya sukakan bola sepak. Saya tidak akan menutup pintu daripada mana-mana pintu (kelab).”

Memang benar Liverpool ada melakukan bidaan pada awal musim ini untuk mendapatkan pemain ini namun ditolak oleh Monaco. Liverpool juga berharap ‘menggantikan’ Philippe Coutinho dengan pemain ini. Namun, berita yang terbaru adalah Jurgen Klopp tidak lagi berminat kepada pemain ini, kerana merasakan wang perpindahan yang di minta oleh Monaco terlalu besar sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=ktDJtraPnVE

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts