Tiada Lagi Penghormatan Buat Mohamed Salah Musim Ini

Mohamed Salah cemerlang membantu The Reds meneruskan rentak kemenangan dalam liga apabila menjaringkan 2 gol pagi tadi.

Pemain kebangsaan Mesir itu dilihat sukar untuk melepasi bekas pertahanan Liverpool,Mamadou Sakho yang mengawal ketat beliau di separuh masa pertama.

Disebabkan sukar untuk melepasi Sakho pada babak pertama MoSalah melakukan sesuatu perbuatan yang membawa kepada kecaman peminat bolasepak apabila cuba menjatuhkan badannya dengan berpura-pura di kasari oleh Mamadou Sakho.

Pemain Crystal Palace tidak puas hati dengan perkara itu namun pengadil hanya memberikan amaran lisan kepada MoSalah untuk tidak membuat provokasi dalam perlawanan.

Ia sangat jelas perbuatan penjaring terbanyak liga musim lalu itu berlakon untuk cuba mendapatkan sepakan penalti dan itu menyebabkan nama beliau kini semakin buruk dimata peminat bolasepak terutamanya rival Liverpool untuk melihat MoSalah sebagai pendahulu penjaring terbanyak dengan 16 gol di ikuti Aubameyang dan Harry Kane 14 gol.

Mohamed Salah sangat di suka ramai oleh peminat bolasepak dunia kerana sikap baik beliau di luar dan atas padang namun sejak kebelakangan ini pemain itu sering melakukan tipu helah untuk mendapatkan jaringan dan itu sangat tidak digemari penyokong kelab lain.

Laporan juga mengatakan berkemungkinan kejadian ini akan di sampaikan kepada FA England dan itu sudah pasti kerana ia melibatkan Liverpool.

Namun kelakuan MoSalah di atas padang adalah sebagai seorang pemain bolasepak dan apa yang beliau lakukan adalah perkara yang sentiasa dilakukan oleh setiap pemain bolasepak seperti Cristiano Ronaldo,Leonal Messi, Ibrahimovic,Luiz Suarez dan banyak lagi.

Jadi ia adalah perkara normal bagi seorang pemain bolasepak profesional untuk mendapatkan kelebihan untuk diri mereka dan pasukan.

Video :

detik-detik dimana MoSalah cuba mengelirukan pengadil perlawanan

How salah show Non respect !Neymar and Kane was in Mo Salah body#vivavideo

Posted by D'Azmie Derese on Saturday, January 19, 2019

Post Author: D'Azmie LMreds

Blood Is Reds So Don't ask why Me Be Liverpool Fan