Timbalan Presiden Kelab Monaco Mengakui Thomas Lemar Akan Meninggalkan Kelab Itu Musim Depan

Beliau juga mengakui terdapat minat Liverpool terhadap pemain itu musim panas lepas.

Liverpool mahu mendapatkan khidmat pemain itu dan telah mengadakan rundingan bersama kelab itu pada Ogos.

Selain itu, pasukan perubatan Liverpool turut bersedia ke Paris untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pemain itu namun tiada persetujuan dicapai antara kedua dua kelab.

Arsenal turut membida pemain itu dengan nilai £90 juta dan hampir mendapatkan pemain itu namun masa tidak mencukupi dan akhirnya Lemar kekal di Monaco.

Menurut Timbalan Presiden kelab Vadim Vasilyev :

“Liverpool sangat berminat. Namun Arsenal begitu hampir untuk mendapatkan pemain itu. Ianya begitu hampir”.

“Pada masa yang sama ianya terlalu lambat, tidak cukup masa untuk meneruskan perbincangan tersebut”.

“Saya gembira beliau kekal di sini. Untuk kami, amatlah penting adanya pemain seperti Thomas Lemar”.

“Sudah pastinya musim panas depan adalah musim mencari sesuatu, kerana anda faham dalam bolasepak tiada sebarang jaminan”.

“Kami mempunyai pemain yang sepatutnya meninggalkan kami tetapi ianya tidak berlaku disebabkan faktor X, Y atau Z”.

“Saya berpendapat ianya adil jika Thonas Lemat mempunyai peluang untuk meninggalkan Monaco pada musim panas depan”.

“Bolasepak di bulan Januari, tidak dilihat sebagai satu perubahan besar di dalam pasukan secara mendadak”.

Lemar adalah pemain yang berminat ke Liverpool, di mana beliau telah menjaringkan 14 gol dan 17 assist bersama Monaco musim lepas dan seterusnya membantu kelab itu meraih kejuaraan Ligue 1 serta layak ke separuh akhir UCL.

ADMIN

Adakah musim panas depan kita akan menyaksikan Liverpool mendapatkan Thomas Lemar, atau bersaing harga dengan Arsenal yang mereka juga mahukan pemain yang sama?

Sama sama kita tunggu.

Sumber : James Pearce – Echo

Related posts