Timo Werner : Saya Lebih Man Utd Berbanding Liverpool

Timo Werner mengakui bahawa dirinya lebih cenderung kepada Man Utd sejajar dengan spekulasi perpindahannya.

Penyerang RB Leipzig ini mengatakan dirinya mahu bermain di Liga Perdana Inggeris pada masa akan datang dan menamakan kelab yang ingin diwakilinya adalah Man Utd.

Pemain antarabangsa Jermain ini sangat cemerlang pada beberapa musim ini dan menjadikan dirinya salah satu bintang di Bundesliga bagi bahagian penyerang.

Secara amnya, spekulasi perpindahan sudah tentu menjurus kepada salah satu kelab elit di Eropah.

Bercakap dengan FourFourTwo, Wener mengatakan dirinya mahu bermain di England pada satu hari nanti dan mahu berpindah ke Old Trafford.

“Man Utd dan Liverpool adalah dua pasukan yang saya banyak tonton di England. Kedua pasukan ini mempunyai banyak peminat dan ianya kerana mempunyai sejarah yang banyak. Apabila Alex Ferguson menjadi pengurus, United menang segalanya dan ianya satu prestasi yang sangat menakjubkan.”

Werner masih memberikan kredit kepada Liverpool juga menurut prestasinya itu.

” Di Liverpool juga ianya kerana stadium dan suasana. Tetapi apabila saya membuat keputusan nanti, saya lebih kepada Man Utd berbanding Liverpool. Saya mahu berada di satu pasukan dan karier dalam dirinya pada masa akan datang dengan bermain dalam pasukan yang memenangi banyak kejuaraan.”

Werner menyertai Leipzig daripada Stuttgart pada 2016 dan terus menjadi salah seorang pemain penyerang yang digeruni. Ketika ini, dirinya dalah salah satu penyerang yang paling berbahaya di Bundesliga.

Dengan hanya berumur 22 tahun, dirinya telah memiliki banyak pengalaman jika dibandingkan dengan usianya itu.

Sejak naik ke liga Bundesliga, Leipzig menjadi pasukan yang sangat digeruni dengan kekuatan, kecergasan dan serangan pantas sebagai modus operandi pasukan. Corak permainan ini sangat sesuai dengan kualiti yang dimiliki oleh Werner.

Pemain ini sangat bahaya dalam pembinaan serangan dan sering sahaja berada di belakang pemain pertahanan (untuk mencari ruang) dan menggunakan kebijaksanaannya dalam melakukan gerakan. Ianya turut ditambah dengan kelajuan dalam dirinya yang mampu untuk memecahkan pertahanan lawan.

Penyerang ini mungkin akan dipanggil oleh skuad utama dan menunjukkan kualitinya dalam pentas terbesar pada musim panas nanti di Piala Dunia FIFA di Rusia nanti.

Walaupun penyerang ini digeruni, namun, masih lagi belum menjadi penyerang utama dalam skuad Jerman.

Jika Werner menyinar di kejohanan itu, Leipzig mungkin agak sukar untuk kekalkan pemain ini dalam skuadnya.

Walaubagaimanapun, Man Utd telah memiliki Romelu Lukaku, Alexis Sanchez dan Marcus Rashford dalam skuadnya. Ianya agak mengejutkan jika Man Utd masih mahu mendapatkan penyerang ini nanti.

Liverpool dikaitkan dengan pemain ini sejak dua musim lepas. Namun, tiada sebarang usaha yang sah dilakukan oleh Liverpool buat waktu ini.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts