Toby Alderweireld Mahu Dijual Spurs, Adakah Liverpool Mahukannya?

Pemain daripada Belgium, Davinson Sanchez telah bermain dengan agak baik pada musim ini. Namun, dalam masa yang sama, Tottenham Hotspur ini berada dalam bahaya untuk kehilangan salah satu pemain bintang utamanya dalam skuad.

Nama yang disebutkan adalah Toby Alderweireld yang merupakan bek tengah dilaporkan akan dijual kerana kegagalan dalam perbincangan kontrak lanjutan di Spurs.

Senario ini menjadikan pemain itu mungkin boleh berpindah keluar dengan kontrak berdurasi 18 bulan lagi sebelum berakhir pada Jun 2019 nanti. Alderweireld ini dinobatkan antara bek tengah terbaik dalam Liga Perdana Inggeris pada beberapa musim lepas.

Ini adalah satu ‘kenyataan’ yang besar yang dilakukan oleh kelab.

Spurs telah membeli pemain mudanya, Sanchez pada harga 42 juta dan pemain berusia 21 tahun itu bakal menjadi pemain bek tengah terbaik di dunia nanti mungkin.

Sesetengah mungkin merasakan berita Alderweireld ini bukanlah berita buruk untuk Spurs. Ini berdasarkan siri kecederaan yang dialami oleh pemain ini yang memberi makna pasukan Spurs itu sendiri tidak boleh berharap kepadanya lagi.

Dilaporkan kelab Spurs tidak mahu membayar gaji tambahan dalam lanjutan kontraknya yang mana pemain ini sedang menikmati gaji sekitar 110,000 pound seminggu. Cadangan untuk tambahan kepada 150,000 tidak mahu dilaksanakan oleh David Levy khasnya memandangkan ianya akan mengganggu struktur gaji dan juga menjadi pemain termahal kelab menewaskan Harry Kane dan Delle Ali.

Situasi ini menjadikan beberapa pasukan di Eropah melihat perkembangan berita ini dan berpotensi untuk mengambilnya sebagai bek tengah utama dalam pasukan, terutama pasukan Man Utd, Real Madrid dan PSG.

Bagi situasi Liverpool, ianya tidak begitu bermakna memandangkan Liverpool telah mendapatkan Virgil Van Dijk pada Januari lepas.

Ketika ini, Liverpool telah memiliki 3 bek utama dan 1 bek tengah ‘perlindungan’ iaitu Ragnar Klavan dan 1 bek tengah pemain muda iaitu Gomez. Liverpool mungkin akan melakukan pembelian sekiranya menjual Ragnar Klavan.

Walaubagaimanapun, masih tidak disahkan jika Liverpool berminat mendapatkan pemain ini.

Ternyata apa yang dimiliki terutama kualiti yang dimilikinya Toby ini tidak dapat dipertikaikan sebagai salah satu pemain bek terbaik di liga dan Eropah.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds