Tolong Wagner Jangan Buat Klopp Menangis Lagi

Jurgen Klopp mendedahkan yang dia menangis seperti bayi, selepas menonton promosi Huddersfield ke Liga Perdana melalui ‘play-off’ musim panas lepas.

Klopp juga menyatakan, dia tidak menghadiri perlawanan yang berlangsung di Wembley itu, kerana dia tidak mahu lebih menarik perhatian dari rakannya, David Wagner.

Jelas Klopp, beliau tidak ke stadium kerana tidak mahu kamera terlalu fokus kepada beliau apabila beliau yang bertindak balas berlebihan berbanding Wagner atau pasukannya sendiri.

Klopp tidak mahu mencuri perhatian yang sepatutnya Wagner dapat. Satu petikan kata, yang sangat berfalsafah, dari seorang yang bernama Jurgen Klopp.

Dan, ada satu lagi petikan hebat dari bos Liverpool ini.

Selepas itu, isteri Klopp Ulla, telah menghantar sebuah video kepada Wagner, yang menunjukkan Klopp menangis seperti bayi, apabila penalti terakhir menentukan Huddersfield adalah pemenang.

Dengan ‘trend’ sekarang, pemain suka meraikan gol dengan pelbagai gaya, David Wagner juga turut mengesahkan yang kedua-dua mereka pasti akan menari kegembiraan jika kedua-dua belah pihak menjaringkan gol penting dalam perlawanan kompetitif yang pertama mereka sebagai pesaing.

Semestinya janggal, dengan Wagner dalam satu babak, Klopp pula dalam satu babak yang lain, tapi episodnya sama.

Sesuatu yang tidak pernah lakukan dulu, semasa sama-sama berada dalam sebuah pasukan.

Tapi, dalam perlawanan ada lawan, tiada musuh.

Dan sekiranya, Liverpool sebagai pemenang, Klopp pasti akan meraikannya.

Klopp juga sedar, yang Wagner turut akan meraikan juga jika Huddersfield berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds