Trent Alexander-Arnold Bersedia Untuk Menentang West Ham

Pemain muda Liverpool tersebut dijangka mudah untuk mendapatkan tempatnya semula walaupun dengan kembalinya Nathaniel Clyne yang telah kelihatan cergas.

Pemain muda ini memberitahu Jurgen Klopp bahawa dia bersedia untuk memulakan perlawanan pertama menentang West Ham walaupun berjaya membantu England untuk mencapai ke peringkat separuh akhir.

Bintang muda tersebut dijangka kembali ke Melwood pada hari isnin, tetapi kembali seminggu lebih awal dalam membuat persediaan untuk kempen baru yang bakal bermula.

Pemain kelahiran West Derby tersebut dijangka mudah untuk kembali ke posisi nya walaupun mendapat saingan kuat dari pemain yang baru cergas, Nathaniel Clyne.

Arnold yang telah kembali daripada Piala Dunia di Rusia telah kembali ke Merseyside dan mempersembahkan prestasi terbaik pada perlawanan persahabatan menentang Torino.

Pemain berusia 19 tahun itu bercakap selepas kemenangan 3-1 ke atas Torino dengan menyatakan bahawa dia cergas sepenuhnya untuk perlawanan pembukaan menentang pasukan kendalian Manuel Pellegrini di Anfield.

“Saya meraskan saya mempunyai cukup minit. Sejujurnya, saya tidakmempunyai banyak masa rehat jadi saya tidak kehilangan terlalu banyak kecergasan.”

Beliau memberitahu Liverpol FC

“Jadi, untuk kembali danterus bermain selama 60 minit adalah perkara yang baik. Jika pengurus berfikir say bersedia dan mahukan saya bermain, saya fikir saya bersedia untuk bermain.”

“Ianya sentiasa bagus untuk kembali juga melihat peminat semula dan meletakkan prstasi terbaik. Diharapkan kami akan menang pada hari Ahad ini.”

Arnold menikmati musim yang luar biasa pada kempen 2017/18, beraksi mantap untuk kelab immpian masa kecilnya serta membantu mereka mencapai ke Final Liga Juara-Juara dan juga layak sekali lagi pada musim baru ini.

Laluannya untuk menuju ke pasukan utama daripada akademi adalah kejayaan sebenar, dimana Klopp juga mengharapkan pemain seperti Curtis Jones, Nathaniel Philips, Kamil Grabara dan Rafa Camacho akan mengikut jejaknya.

Beberapa pemain muda telah diberi peluang pada pra-musim kali ini dan Arnold memberikan mesj yang positif kepada mereka.

Mereka sediri tahu yang ianya sukar dan memerlukan banyak kerja keras.

Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ianya tidak pernah berlaku secara serta_merta. Tetapi saya fikir
mereka yang berjaya datang dan membuktikan diri mereka adlah luar biasa.”

Mereka telah membuatkan akademi bangga didalam dan diluar padang dengan cara mereka sendiri.”

“Apabila saya kembali, semua yang saya dengari adalah perkara baik yang diceritakan oleh para pemain senior. Jadi, Akademi telah membuktikannya sekali lagi apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang betul.”

Ketika ini di akademi pun mempunyai pemain berkualiti yang boleh memberi saingan kepada pemain senior. Admin cukup berminat dengan Nat Philips dan Rafa Camacho. Mereka mempunyai potensi namun perlu digilap lagi agar menjadi pemain lebih baik.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Carra