Trent Alexander Arnold Dipanggil Untuk Skuad England Ke Piala Dunia 2018

Pemain muda itu mendapat perhatian Gareth Southgate untuk dibawa ke Russia 2018, dan berada dalam skuad 23 pemain England pada hari ini.

Alexander Arnold belum lagi menerima caps antarabangsa setakat ini namun persembahannya di bawah Klopp sepanjang musim ini telah menyakinkan Gareth Southgate untuk membawa pemain muda ini ke dalam skuad England ke Piala Dunia 2018.

Sebelum ini beliau hanya beraksi untuk skuad bawah 21 Tahun England dan pernah dijemput Southgate untuk berlatih bersama skuad senior di St George Park pada Mac lepas.

Difahamkan antara kelebihan pemain ini yang mendapat perhatian Southgate adalah disebabkan beliau boleh bermain di 2 posisi, iaitu di bek kanan dan juga di tengah.

Ianya merupakan kebangkitan luar biasa beliau sepanjang kariernya apabila bermula dari Akademi di Kirkby, kemudian dipanggil menyertai skuad utama dan akhirnya ke skuad kebangsaan.

Sebelum ini beliau memainkan peranan besar dalam skuad utama terutama dalam kancah UCL musim ini.

Selepas perlawanan akhir UCL, Trent akan berehat sebentar sebelum menyertai skuad England selepas itu.

Ditanya mengenai potensi Trent jika dipanggil menyertai skuad England, Klopp berkata :

“Ianya keputusan dari Gareth Southgate sendiri dan terpulang kepada beliau samada mahu bercuti atau merasai sendiri peluang ke Piala Dunia di umur yang masih muda. Ianya positif dalam dalam kedua dua pilihan.”

“Adakah beliau bersedia? Ya, beliau sudah bersedia dalam pelbagai aspek. Beliau bukanlah produk yang sempurna namun akan jadi lebih baik selepas itu”.

ADMIN

Berikut adalah senarai skuad England ke Piala Dunia 2018.

Satu lagi perkembangan baik untuk anak muda Liverpool ini. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Related posts