Trent Alexander-Arnold Sanggah Kenyataan Gary Neville – Liverpool Keletihan

Trent Alexander-Arnold telah menepis kenyataan yang mengatakan skuad Liverpool mengalami keletihan.

The Reds menamatkan lapan perlawanan dalam masa 23 hari, apabila mereka memperolehi keputusan seri tanpa jaringan di laman sendiri kepada juara Manchester City pada hari Ahad.

Dalam tempoh itu, pasukan Jurgen Klopp juga telah bermain menentang Tottenham Hotspur, Paris Saint-Germain, Chelsea sebanyak dua kali, Southampton dan juga Napoli.

Gary Neville berkata Liverpool kelihatan ‘agak mendatar’ aksi persembahannya dan tampak ‘sedikit keletihan dari segi tenaga’, ketika mereka berjuang untuk mencipta peluang dalam pertembungan dengan City pada hujung minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Alexander-Arnold, yang merupakan pemain simpanan dalam perlawanan pada hari Ahad tetapi tidak digunakan, langsung tidak menganggap yang keletihan menjadi satu isu pada perlawanan tersebut.

Bercakap kepada Sky Sports, Arnold tidak langsung terlintas untuk bersetuju dengan anggapan tersebut. Baginya, itulah cara Liverpool bermain, yang bermain dengan tenaga maksimum.

Dan itu juga merupakan kebiasaan yang selalu skuad Reds lakukan, malah merupakan cara yang Klopp mahu mereka peraktikkan.

Ianya terpulang, sama ada memperolehi keputusan yang baik atau tidak, ia menjadi sesuatu yang baik untuk mempunyai perlawanan di setiap tiga atau empat hari.

Dan, mengekalkan momentum, serta konsisten adalah cabaran biasa bagi Reds, andai kalah, cuba untuk bangkit kembali.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds