Trent : Liverpool Berikrar Untuk Mara Ke Final UCL Demi Alex Oxlade Chamberlain

Beliau dan rakan sepasukan mahu membawa kelab ke perlawanan akhir selepas pemain tengah itu disahkan mengalami kecederaan lutut.

Alex Oxlade Chamberlain mengalami kecederaan tersebut setelah bertembung dengan pemain Roma semasa perlawanan separuh akhir pertama UCL awal pagi semalam dan akan tersisih untuk kempen musim ini termasuk kempen Piala Dunia 2018 bersama England.

Dan Trent mendedahkan bahawa rakan sepasukan mereka amat bersedih menyaksikan Alex Oxlade berada dalam kesakitan ketika kecederaan tersebut berlaku.

Menurut Trent :

“Kami terkejut dengan situasi kecederaan tersebut, beliau adalah pemain yang bagus buat kami”.

“Sudah pasti kami berasa sedih di atas kehilangan beliau dalam pasukan dan berikrar untuk membawa pasukan ini ke pentas final UCL musim ini”.

“Beliau adalah pemain berkualiti dan persembahan beliau dalam beberapa minggu sebelumnya telah menggambarkan apa yang beliau lakukan untuk kelab. Kami adalah pasukan yang rapat antara satu sama lain, kami bermain dengan satu pasukan hingga ke wisel penamat”.

Liverpool mendahului sangat selesa  dengan 5 – 0 hingga menjelang 10 minit terakhir apabila tersentak dengan 2 gol pantas Roma selepas itu.

Dan Trent menggambarkan situasi senyap dalam stadium ketika perlawanan itu berakhir juga menggambarkan emosi mereka di bilik persalinan ketika itu.

“Secara adilnya, tugasan kami belum selesai. Kami tidak boleh terlalu bergembira atau menyalahkan sesama sendiri”.

“Jika keputusan sebaliknya dan kami masih mempunyai peluang untuk memperbetulkannya, dan itu yang kami akan lakukan”.

“Kami harus berfikir bahawa mereka akan mencari jalan untuk menewaskan kami di Rome, jadi perlawanan sebenar akan berlaku di sana”.

“Barcelona mempunyai kelebihan 3 gol ketika berkunjung ke sana dan anda tidak boleh memandang rendah akan keupayaan lawan terutama bermain di halaman sendiri. Itu yang kami harus fikirkan”.

“Namun kami harus fokus bagaimana untuk menambah jaringan dan seterusnya menamatkan kebangkitan mereka”.

Tambahnya lagi :

“Kami telah menjaringkan 5 gol dalam aksi semalam dan itu tidak selalu berlaku di peringkat separuh akhir. Kami masih mempunyai kelebihan dan itu merupakan panduan kami menjelang separuh akhir kedua di Rome”.

“Kami gembira dapat menjaringkan 5 gol namun pada masa yang sama kami kecewa memberikan mereka ruang untuk menjaringkan 2 gol”.

“Kami kurang konsentrasi dalam 15 minit terakhir dan itu yang perlu kami perbaiki selepas ini. Keputusan tidak akan keluar selepas wisel penamat ditiupkan”.

“Pengurus akan memberikan pelan baru untuk perlawanan kedua nanti dan seharusnya kami ke sana menghabiskan perlawanan tersebut. Namun ianya bukan mudah”.

ADMIN

Kedudukan 5 – 2 mungkin satu situasi yang belum selesa untuk ke Perlawanan Akhir tetapi Liverpool akan berjuang demi kelab dan Alex Oxlade Chamberlain bagi membalas jasanya.

YNWA Trent.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman