‘Trio’ Liverpool Yang Dijangka Akan Membuat ‘Debut’ vs West Ham

Jurgen Klopp dijangka berkemungkinan menurunkan 3 pemain yang baru ditandatangani Liverpool pada jendela perpindahan musim musim ini, dalam ‘debut’ perlawanan kompetitif Liverpool vs West Ham United malam ini.

Untuk membayar semula rasa kekecewaan yang dihadapi ketika berakhirnya musim lalu, para peminat Liverpool seluruh dunia pasti mengharapkan Reds dapat memperolehi keputusan yang positif ketika menentang Hammers di Anfield nanti.

Yang mana ianya merupakan pemangkin kepada kestabilan skuad Liverpool dalam mencapai konsisten dalam setiap perlawanan kelak.

Jelas, ianya sesuatu yang
positif untuk memulakan kempen baru dengan sebuah kemenangan, dan meningkatkan keyakinan pasukan. Oleh itu, Klopp sudah pasti akan menurunkan kesemua rekrut barunya yang telah bersiap sedia untuk dipilih dalam debut Premier League berjersi merah Liverpool.

Seperti hangat diperkatakan kini, meniti dibibir-bibir peminat Liverpool, malah turut dilaporkan di laman rasmi kelab, Alisson, Naby Keita dan Xherdan Shaqiri sudah semestinya akan membuat debut mereka.

Cuma, keraguan terhadap penyertaan Fabinho selepas Klopp mendedahkan dalam sidang media pada hari Jumaat, yang pemain berasal dari Brazil itu telah dihantar pulang kerana kecederaan kecil dan sakit.

Ditambah lagi dengan tanpa kehadiran Lovren, kerana penglibatan beliau dalam Piala Dunia di Rusia, ia menjadi sedikit rumit bagi skuad Reds.

Walau bagaimanapun, dengan bersandarkan kepada kekuatan skuad merah ini dalam perlawanan persahabatan pra-musim, diharapkan Liverpool mempunyai kualiti dan kekuatan dalaman untuk menanganinya.

Shaqiri turut mengkagumkan Klopp semasa perlawanan pra-musim. Dengan bos Liverpool menggambarkan keupayaan beliau untuk menyesuaikan diri dengan sistem dan taktikal Liverpool dengan begitu cepat sebagai ‘luar biasa’.

Shaqiri ‘Perangai’ : Mula Buat Klopp ‘Sakit Kepala’

Jadi, tidak mustahil Shaqiri aka The Shark ini telah bersedia untuk memberikan kesan yang segera kepada Liverpool. Mudah-mudahan. 💪

Namun, siapa yang bakal diturunkan itu bukan persoalan pokok.

Cuma mengharapkan agar Liverpool kekal konsisten. 3 perlawanan terakhir Premier League sebelum ini, Liverpool mengunggulinya, dengan jaringan 12 gol, dan hanya 2 bolos.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : The Telegraph

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds