Trivia : Liverpool vs Chelsea (Carabao Cup)

Anfield.

  • Kali terakhir Liverpool memenangi perlawanan bertemu Chelsea di Anfield adalah pada Mei 2012, di bawah kendalian Kenny Daglish dengan jaringan 4-1.
  • Liverpool gagal memenangi 7 perlawanan berikutnya di Anfield, termasuk seri 1-1 dalam 4 perlawanan terakhir.
  • Liverpool hanya memenangi 2 daripada 14 perlawanan terakhir bertemu Chelsea, dengan kedua-duanya dicatatkan di Stamford Bridge, dan seri 7 serta tewas 5 perlawanan yang lain.
  • Ini merupakan pertemuan ke 8 Liverpool menentang Chelsea dalam Piala Liga Inggeris, dan merupakan kali pertama di pusingan ketiga sejak November 2000 (Liverpool menang 2-1 di Anfield hasil jaringan Robbie Fowler dan Danny Murphy).
  • Liverpool telah tewas 3 perlawanan terakhir dalam kejohanan ini tanpa menjaringkan sebarang gol, namun tidak pernah tersingkir dari pusingan ke-3 secara berturut-turut sejak musim 1990-1991.
  • Chelsea telah berjaya melepasi pusingan ke-3 dalam 7 musim terakhir kejohanan ini sejak tewas 3-4 kepada Newcastle pada 2010-2011.
  • Claudio Ranieri merupakan pengurus terakhir Chelsea yang tewas kepada Liverpool (November 2000). Chelsea telah bertukar pengurus sebanyak 8 kali dalam tempoh tersebut.
  • Pertemuan Liverpool dan Chelsea telah berlangsung sebanyak 57 kali di era Millenium, menyaksikan ianya merupakan perlawanan paling banyak dimainkan dalam sejarah bolasepak moden Inggeris.

Post Author: Wan LMreds