Ucapan Perpisahan Virgil Van Dijk Kepada Southampton Sebelum Ke Liverpool

Liverpool secara rasminya Virgil Van Dijk ke Liverpool pada 1 Januari nanti, pemain antarabangsa Belanda berumur 26 tahun itu telah menyampaikan ucapan perpisahan kepada peminat Southampton dalam akaun Instagramnya.

Pemain ini telah secara rasminya berpindah ke Liverpool pada kadar 75 juta pound, merupakan pembelian termahal bagi sejarah kelab Liverpool.

Dalam masa yang sama, ianya juga adalah pembelian termahal dunia bagi seorang bek tengah.

Ucapan yang diberikan lebih berbentuk tanda terima kasih Virgil Van Dijk kepada Southampton.

“Saya gembira dan rasa terhormat apabila menjadi seorang pemain Liverpool. Ini adalah hari yang membanggakan kepada saya, keluarga kerana saya telah menyertai salah satu kelab terbesar di dalam dunia bola sepak.”

Ianya jelas menunjukkan betapa berbangganya Virgil Van Dijk menyertai Liverpool.

“Saya tidak sabar untuk menyertai jersi merah yang popular ini di hadapan penyokong Liverpool (The Kop). Saya akan berikan segalanya dan cuba untuk membantu kelab ini untuk mencapai sesuatu yang istimewa pada tahun yang mendatang.”

Van Dijk (Daily Star)

Kemudian, Virgil Van Dijk mula berterima kasih kepada Southampton.

“Saya juga dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada pengerusi Lee Reed, ahli lembaga kelab, pengurus, rakan sepasukan, peminat dan semuanya di Southampton. Saya sentiasa berhutang dengan kelab ini untuk memberikan peluang untuk bermain di Liga Perdana Inggeris walaupun mengharungi keadaan yang sukar pada beberapa bulan lepas. Saya sentiasa gembira berada di Saints dan mempunyai ramai kawan dalam hidup ini di kelab tersebut. Terima kasih kepada semuanya. Terima kasih kepada semua yang menghantar mesej untuk menyokong saya. Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan baru saya nanti.”

Delighted and honoured to have agreed to become a Liverpool FC player! πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄ Today is a proud day for me and my family as I join one of the biggest clubs in world football! I can’t wait to pull on the famous red shirt for the first time in front of the Kop and will give everything I have to try and help this great club achieve something special in the years to come ⚽️ I would also like to take this opportunity to say thank you to Les Reed, the board, manager, players, fans and everyone at Southampton. I will always be indebted to the club for giving me the opportunity to play in the Premier League and despite a difficult last few months I have thoroughly enjoyed my time at Saints and have made friends for life at the club. Thank you for everything πŸ‘πŸΎπŸ‘πŸΎπŸ‘πŸΎ Thank you for all the messages of support πŸ’ͺ🏾 I’m now looking forward to meeting my new team-mates and getting started πŸ”΄ #YNWA

A post shared by Virgil van Dijk (@virgilvandijk) on

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &Β Β Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts