Ujian Arsenal, Berdepan ‘Pemain Terbaik Dunia’ Yang Di ‘Reject’ Emery

Yang mana katanya, beliau sedikit meragui Salah, kerana itu tidak menandatangani ‘King Egypt’ ini buat PSG.

Ketika masih lagi bergelar ‘bos’ Paris, Emery tidak begitu berkeyakinan dengan Salah, sehingga terdapat sedikit keraguan yang bersarang di hatinya, namun mengakui yang pemain antarabangsa Mesir itu kini antara yang terbaik di dunia.

Unai Emery menolak peluang untuk menandatangani pemain Liverpool, Mohamed Salah ketika berada di Paris Saint-Germain kerana mempunyai kebimbangan terhadap pemain antarabangsa Mesir tersebut.

Keputusan itu berlaku, ketika Salah sedang dipinjamkan ke Roma, di mana dia menghabiskan 12 bulan pinjaman dan tahun berikutnya baru membuat perpindahan tetap.

Salah kemudian menyertai Liverpool untuk permulaannya bayaran perpindahan tertinggi kelab dengan harga £ 36 juta, dan telahpun menjaringkan 44 gol dalam kempen sulungnya di Anfield.

Prestasi cemerlang tersebut beliau teruskan sehingga ke musim ini, dengan pemain berusia 26 tahun itu setakat ini juga telah menjaringkan 12 gol buat Reds, yang secara langsung kini pencabar kuat kepada Aubameyang dengan 13 gol menggungguli carta penjaring gol terbanyak Liga Perdana di peringkat separuh musim.

Walaupun, pada permulaan musim ‘enjin’ Salah ini lambat panas sehingga menimbulkan ‘kerisauan’ sangat ketara bagi kebanyakan para peminat Liverpool sendiri, namun kini segalanya mudah buat Salah.

Emery bakal berdepan dengan pemain yang ditolaknya ketika membimbing Arsenal ke Anfield pada pertembungan awal pagi nanti.

Dan, pengurus yang berasal dari
Sepanyol itu tidak lagi mempunyai sebarang keraguan mengenai Salah, yang kini menjadi pemain yang beliau begitu kagumi sebagai salah seorang antara yang terbaik dalam perlawanan.

Beliau sendiri luahkan pernah berbincang kemungkinan untuk menandatangani Salah buat Paris Saint-Germain, ketika Salah masih di Roma.

Tetapi, kerana rasa bimbang yang keterlaluan, Salah akhirnya ditandatangani Liverpool pada Jun 2017.

Lantas, setibanya Salah di Liverpool dengan beraksi hebat, semua rasa bimbang dan keraguan yang menghimpit Emery, terus hilang.

Jelas Emery, sekarang jika bercakap tentang 5 pemain terhebat di dunia, langsung tidak ada keraguan, Salah adalah seorang daripadanya.

Malas, tegas Emery juga, jika hari ini beliau berkesempatan untuk menandatangani Salah, itu bermakna beliau telahpun menandatangani seorang diantara 5 pemain terbaik di dunia.

Mengulas mengenai kenapa beliau begitu bimbang untuk menandatangani Salah, menurutnya, beliau tidak pasti bagaimana untuk Salah menyesuaikan diri dengan beraksi hebat bersama pasukan besar, seperti PSG.

Setelah menyertai pasukan sehebat Liverpool, dari tangga ke-50, Salah naik mendadak ke tangga ke-6 dipilih sebagai pemain terbaik dalam Ballon d’Or 2018, disamping Luke Modric, Cristiano Ronaldo dan Antoine Griezmann.

Admin :

Itulah ‘jodoh pertemuan’, ditentukan telah dimana untuk kaki Salah melangkah.

Tidak semestinya Salah sehebat Salah sekarang jika sertai PSG, pasukan, pengurus, pemain lain dalam pasukan, pengurusan, peminat sendiri memainkan peranan penting untuk peningkatan kemajuan seseorang pemain itu.

Jodoh Salah di Anfield, untuk Liverpool. 💪

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Goal

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds