Unai Emery Mungkin Merombak Pasukannya Menjelang Perlawanan Menentang Liverpool

Beliau berharap skuadnya mampu “menghadiahkan” Liverpool kekalahan pertama dalam aksi EPL musim ini.

Namun mereka terpaksa meninggalkan beberapa pemain utama ketika kunjungan ke Anfield esok.

Rob Houlding (lutut), Konstantinos (pangkal paha), Hector Bellerin (betis), Henrikh Mkhtaryan (buku lali) dan Danny Welbeck (buku lali)  telah tersisih.

Manakala Skhrodran Mustafi pula masih menjalani pemulihan kecederaan hamstring dan dijangka tidak diturunkan, namun Laurent Koscielny dilaporkan telah pulih walaupun mengalami kecederaan tapak kaki pada perlawanan menentang Brighton.

Menurut Unai Emery :

“Kami bermain dalam perlawanan yang agak banyak dalam jangka masa beberapa hari, dan kami terpaksa melakukan ujian kecergasan terhadap mereka dalam setiap hari”.

“Kami telah berlatih bersama sama pemain yang tidak turut serta ke Brighton. Mustafi belum lagi berlatih bersama pasukan, beliau berlatih bersendirian dan keadaannya semakin baik”.

“Esok hari terakhir latihan sebelum kami bertolak ke Liverpool. Masa itulah kami akan tahu siapa yang akan diturunkan”.

Berikut adalah pemain yang akan disenaraikan untuk perlawanan menentang Liverpool di Anfield.

Leno, Cech, Martinez, Jenkinson, Lichsteiner, Koscielny, Papastathopoulos, Mustafi, Medley, Maitland – Niles, Xhaka, Elneny, Torreira, Guendouzi, Ramsey, Iwobi, Ozil, Saka, Lacazette, Aubameyang, Nketiah. 

ADMIN

Agak kuat juga skuad barisan hadapan Arsenal kali ini. Apapun esok kita akan sama sama saksikannya. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman