Undian Menentang Porto Dalam UCL – Reaksi Jurgen Klopp

Beliau menegaskan bahawa pasukan Liverpool tidak terbuai dengan kejayaan musim lepas.

Liverpool diundi bertemu Porto dalam Suku Akhir UCL yang diadakan sebentar tadi, dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Anfield pada 09 April 2019 (10 April waktu Malaysia), dengan perlawanan timbal balik akan berlangsung di Porto seminggu selepas itu pada 17 April 2019 (18 April waktu Malaysia).

Musim lepas menyaksikan Liverpool membelasah Porto 5 – 0 dalam perlawanan pertama Pusingan Kedua Kalah Mati 16 pasukan, sebelum seri 0 – 0 dalam perlawanan timbal balik di Anfield.

Namun Jurgen Klopp menegaskan bahawa keputusan musim lepas tidak membawa makna untuk pertemuan kali ini dan setiap pemain di bilik persalinan tidak memandang remeh mengenai lawan mereka.

Bercakap mengenai undian itu menerusi Liverpool FC.TV :

“Apa yang perlu dikatakan mengenai ini? Ianya Porto sekali lagi dan kami harus menunjukkan permainan yang baik ke atss mereka sekali lagi”.

“Keputusan akhir itu agak pelik sebenarnya. Ianya bagus namun sebenarnya pelik buat kami. Di perlawanan kedua barulah mereka menunjukkan kualiti sebenar yang ada pada mereka”.

“Saya tidak boleh menyatakan ianya undian yang mudah buat kami, ianya cuma undian dan kami akan bersedia untuk menentang mereka dan memikirkan apakah persiapan kami untuk menghadapi mereka”.

“Kami mempunyai pakar dalam situasi di Porto dan Pep Ljinders pernah bekerja di sana – dan sentiasa berkata bagaimana beliau menghormati kelab tersebut. Kami akan mengkaji corak permainan mereka sebelum perlawanan, namun di akhirnya kami harus menentang mereka. Dan kita telah mengetahuinya dan akan bersedia”.

Pemenang antara Liverpool atau Porto akan menentang pemenang antara Barcelona atau Manchester United pada perlawanan Separuh Akhir.

Tambah Klopp :

“Secara jujurnya, 100% Porto bukanlah dalam kategori ‘wishlist kami’. Namun mereka telah diundi menjadi lawan kami dan kami harus bermain menentang mereka”.

“Pertama sekali apa yang saya mahukan adalah menghormati pasukan lawan dan kami akan melakukan perkara itu 100%. Kami tahu mengenai kualiti yang ada pada Porto dan kami harus bermain menentang mereka”.

“Namun saya gembira kerana kami akan bertolak ke bandaraya yang bagus, perjalanan yang menyeronokkan dan ianya sesuai untuk orang Inggeris. Itu sahaja”.

ADMIN

Sesungguhnya apa yang Klopp katakan itu benar. Perlawanan kedua yang pelik kerana kita seri 0 – 0, dan mereka sebenarnya ada kualiti tersendiri. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman