Van Dijk Jawab Sebab Kenapa Dia ‘Melindungi’ Salah

Liverpool mempamerkan aksi persembahan yang sangat bertenaga dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan, ketika menentang Arsenal, yang menunjukkan skuad Reds ini masih mampu untuk memberi tentangan sengit dengan menjaringkan 4 gol secara pantas dalam meraih kemenangan 5-1.

Yang mana, kebanyakan perlawanan Reds sebelum ini tidak begitu ‘bengis’ di musim ini kerana Klopp lebih menggunakan pendekatan yang lebih terkawal, namun pada akhirnya berjaya juga untuk menggungguli setiap perlawanan, yang sehingga sekarang tidak terkalahkan lagi di Liga Perdana.

Apa yang lebih pasti adalah, semangat sepasukan yang diterapkan pengurus Jurgen Klopp kepada pasukan Liverpool ini, kini telah membuahkan hasil yang cukup-cukup manis sekali.

Hubungan sesama pemain begitu akrab sekali, sehingga tidak timbul isu pentingkan diri dalam keluarga hebat Encik Klopp ini.

Klopp Hampir ‘Menitiskan Airmata’ Ketika Salah Membenarkan Firmino Mengambil Penalti

Lebih dari itu, satu kejadian dalam terowong penjalan kaki ketika para pemain melangkah ke bilik persalinan pada rehat separuh masa menentang Arsenal, menceritakan segalanya.

Pemain pertahanan Gunners, Sokratis Papastathopoulos menuduh Mohamed Salah sengaja menjatuhkan diri, seperti mana yang menjadi isu semasa pemain antarabangsa Mesir itu mendapat sepakan penalti dalam pertembungan vs Newcastle pada ‘Boxing Day’, sama seperti beliau diberikan sepakan penalti seterusnya menjadikan gol ke-4 buat Liverpool pada separuh masa pertama perlawanan vs Arsenal.

Virgil Van Dijk masuk campur, seterusnya mempertahankan rakan sepasukannya dan pasangan itu terpaksa dipisahkan oleh pemain lain.

Jelas Van Dijk, beliau nampak pemain Arsenal itu mendekati Salah, dan berkata yang Salah sengaja menjatuhkan diri.

Van Dijk melihat lagak pemain Arsenal tersebut seolah cuba untuk menyerang Salah, dan atas sebab itu Van Dijk masuk campur mempertahankan rakan sepasukannya, yang sememangnya pun Salah bukan sengaja untuk menjatuhkan diri.

Terlihat di video, jelas nampak ramai pemain lain datang mengelilingi Salah, Van Dijk dan pemain Arsenal yang buat tohmahan kepada Salah, ibarat sedang memperjuangkan sesuatu, namun ianya bukan seperti apa yang disangkakan.

Hakikatnya, Van Dijk sekadar
melindungi rakan sepasukannya, dan itu adalah kebiasaan yang berlaku dalam bola sepak.

Yang mana, ia adalah cara bagi semua orang untuk bertindak balas dan itulah juga yang semestinya kita lakukan.

Untuk saling menyokong sesama rakan sepasukan. Dan itulah sebenarnya yang Van Dijk telahpun lakukan.

Kebergantungan sesama pemain Liverpool sungguh kuat sekali, ternyata benar, tidak sesekali mereka biarkan pemain lain bersendirian sendiri. Ibarat kalimah keramat ‘YNWA’ !

Admin :

Kita juga, sesama rakan penyokong janganlah ada perbalahan, perbezaan. Terima sesama kita dengan berlapang dada, setiap ketidaksempurnaan itu adalah kekuatan kita.

Yang penting, kita adalah pemain ke-12 Liverpool. Dulu, kini dan selamanya. 💪

Semoga, tahun ini dipermudahkan jalan buat Liverpool, dalam memburu impian. 👉🏆

Insyaallah ☝️.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : This is Anfield

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds