Van Dijk Kotakan Kata-Kata Beliau Sendiri – Terima Di ‘Hamun’ Kerana Beliau Juga Biasa ‘Maki’

Pertengkaran Virgil van Dijk dengan Jordan Henderson ketika perlawanan Liverpool vs Napoli, meninggalkan sedikit kesan dihati para peminat yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Perdebatan mereka begitu sengit sekali.

Dengan Virgil van Dijk secara tidak sengaja mencederakan pemain Napoli dalam cubaan beliau untuk ‘clear’ bola.

Ini yang dilihat.
Ini hakikat.

Sambil Henderson bertengkar dengan Van Dijk, pengadil telahpun meniup wiselnya dengan menghadiahkan kapten Belanda itu kad kuning.

Amarah kapten Liverpool Henderson memuncak kerana, perolehan kad kuning tersebut akan mengesahkan yang Van Dijk digantung dalam perlawanan pertama apabila bermulanya perlawanan bagi pusingan 16 besar UCL pada Februari depan.

Masing-masing pemain Liverpool ini tidak mahu mengalah, mempertahankan kata-kata masing-masing di tengah-tengah para pemain lain yang mengelilingi mereka.

Ditanya selepas perlawanan, Van Dijk akui yang itu perlu. Perlu dilakukan oleh kapten Henderson.

Ianya demi kepentingan pasukan, jika sesuatu tidak begitu baik buat pasukan, dengan tidak betul caranya untuk pasukan, ianya harus ditegur. Supaya kesilapan sama tidak berulang.

Dengan itu secara tidak langsung menunjukkan petanda sebuah pasukan yang hebat. Saling berkomunikasi itu kunci dalam kekuatan sesebuah pasukan.

Van Dijk sendiri tidak kisah untuk pemain Liverpool lain menjerit kepada beliau, kerana positif menganggapnya mereka mahukan yang terbaik daripadanya, dan begitu juga pemain Liverpool lain terima dengan berlapang dada sekiranya beliau turut menjerit kepada mereka.

Malah, Van Dijk sendiri juga bukan tidak pernah menjerit kepada pemain Liverpool yang lain di padang sebelum ini, jadi segalanya adil buat para pemain Liverpool.

Video : Tengok Virgil van Dijk ‘Marah’ Grrr

Skuad Liverpool bimbingan Klopp ini cukup dewasa lagi matang dalam berdepan dengan situasi sedemikian, dan jika ada yang terasa hati, mereka akan membincangkannya selepas perlawanan. Itu biasa.

Yang mana, pertengkaran begitu juga kebiasaannya terjadi bagi mana-mana pemain, bagi mana-mana pasukan lain juga.

Dan untuk situasi Reds yang tercetus baru-baru ini, hanya menunjukkan bagaimana niat Henderson agar Liverpool tidak gagal untuk menempah tempat ke pusingan 16 besar UCL.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds