Van Dijk Menjadi Pilihan Jamie Redknapp

Sejak warga Belanda itu menyertai Liverpool pada Januari 2018, isu kualiti pertahanan yang tidak asing buat The Reds selama ini telah banyak berubah. Musim ini telah menjadi satu rekod untuk The Reds, apabila Liverpool mempunyai 13 cleansheet setakat ini (paling banyak dia antara semua pasukan dalam Liga Perdana).

Tiada siapa yang meragui peranan Van Dijk dalam memecahkan rekod ini, tidak tertinggal juga ialah bekas pemain The Red, Jamie Redknapp.

“Tiada siapa yang (mampu) mendekati Virgil van Dijk,” kata Redknapp kepada Daily Mail. “Dia telah mengubah Liverpool menjadi pasukan yang solid-rock yang menjadi pilihan untuk memenangi gelaran liga pertama mereka sejak 29 tahun.”

“Rakan sepasukannya dan pemain sensasi Liverpool, Mo Salah mesti berusaha untuk mempertahankan mahkota. Setelah berjaya mencipta rekod pada musim lepas, Salah kekal mengunggul pada musim ini dengan mengetuai carta penjaring terbanyak musim ini dengan 16gol”

Ianya awal lagi untuk memikirkan tentang penghujung tahun apabila Liverpool begitu tertumpu pada kedua-dua perlumbaan (PL&UCL) dan perlawanan Liga Juara-juara tak lama lagi, tetapi ia adalah baik untuk mengetahui bahawa pemain Liverpool sudah pun menjadi pemain terbaik. Kami juga sedang menyasarkan beberapa piala musim ini.”

Bekas pemain antarabangsa England itu telah mencadangkan lima pemain yang berpotensi menjadi pemain terbaik musim ini namun perkembangan Van Dijk yang berjaya mencuit tumpuannya. Antara pemain lain yang dinamakan olenya ialah : MoSalah-LIV, DavidSilva-MC,EdenHazard-CHE, Pierre-EmerickAubameyang-ARS dan HarryKane-TOT

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : LiverpoolOffside/ MetroCoUK/DailyStar

Post Author: Wade Wilson