Van Dijk ‘Rating’ 9/10 : Jaring Gol Disamping Kekal ‘Clean-sheet’

Liverpool akan menghabiskan perayaan Hari Krismas dengan rasa gembira tidak terhingga, setelah kekal ‘gayat’ di takhta Liga Perdana selepas mengalahkan Wolverhampton Wanderers 2-0 awal pagi tadi.

Dengan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk menjaringkan gol pada separuh masa kedua di Molineux untuk membantu pasukan Jurgen Klopp kekal di atas Manchester City dengan kelebihan 4 mata untuk sementara waktu.

Positif

Apa ertinya menjadi pendahulu liga semasa Krismas ?

Setiap empat pasukan terdahulu telah menjadi juara liga.

Pasukan Liverpool sendiri pada 2013-14 bawah bimbingan Brendan Rodgers merupakan pasukan terakhir untuk mengejar ‘trend’ ini.

Walau bagaimanapun, ini adalah pasukan Liverpool yang sangat berbeza. Ini adalah pasukan yang sama mementingkan tidak bolos disamping serangan ‘kilat’, dengan lebih mantap dan mempunyai kedalaman pasukan yang diperlukan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah yang dipegang Liverpool kini.

Dalam masa yang sama, Salah langsung tidak menghadapi masalah dengan musim keduanya yang sukar, kerana dia kini berada di kedudukan teratas untuk Liga Perdana ‘Golden Boot’ dengan 11 gol.

Negatif

Prestasi Naby Keita di lihat begitu tidak memberangsangkan. Walaupun dia dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan, tetapi dia gagal untuk merebut kembali catatan persembahan hebat yang pernah ditunjukkan pada permulaan kariernya bersama Liverpool.

‘Ratings’ pemain & pengurus Liverpool : (1-10 : 10 = terbaik)

Jurgen Klopp7

Alisson7

James Milner6

Dejan Lovren6

Virgil van Dijk9

Ulasan : Mempamerkan aksi ‘defensif’ yang ‘dominan’ dengan gol kedua untuk Liverpool. Menyempurnakannya dengan begitu baik sekali, hasil daripada hantaran lintang daripada Salah. Pertahanan yang kukuh, sentiasa mengikuti Adama Traore untuk sebahagian besar perlawanan, dalam memastikan penyerang Wolves itu rumit untuk membuat serangan. ‘Superb’ seperti biasa ! 💪

Andrew Robertson6

Fabinho8

Jordan Henderson6

Naby Keita5

Mohamed Salah8

Roberto Firmino7

Sadio Mane6

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ESPN

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds