Video : Bagaimana Taktikal Liverpool Menjadikan Mohamed Salah Sebagai Mesin Gol

Ini menceritakan bahawa bagaimana Mohamed Salah disusun dengan taktikal Liverpool untuk menjadi gol mesin bagi pasukan daripada Merseyside ini.

Pada asasnya, Mohamed Salah boleh bermain di mana-mana bahagian hadapan samada sebagai pemain sayap kanan atau kiri atau penyerang tunggal.

Untuk taktikal Liverpool, Jurgen Klopp menggunakan Mohamed Salah sebagai pemain sayap kanan yang mampu untuk masuk ke kotak penalti (inside forward).

Dengan menggunakan Roberto Firmino, ianya mampu untuk membuka ruang bagi Mohamed Salah samada untuk menerima hantaran atau melakukan larian.

Larian daripada Mohamed Salah ini mampu untuk merubah struktur pertahanan pasukan lawan. Jika pun Mohamed Salah tergendala untuk menyerang, ianya akan dibantu oleh pemain bek kanan samada Arnold atau Clyne untuk melakukan overlap.

Ianya sekali lagi akan membuka ruang atau membesarkan ruangan ( stretching out defender).

Salah melakukan jaringan pendahuluan vs Watford

Dengan menggunakan Firmino, ianya mampu untuk membuka ruang (passing lane) samada bagi Mohamed Salah atau Sadio Mane.

Jika dilihat melalui statistik, Mohamed Salah kurang untuk mencipta ruang atau bantuan gol. Tugas tersebut digalas oleh Roberto Firmino.

Namun, Mohamed Salah dicipta dalam sistem Liverpool pada ketika ini untuk menjaringkan gol dan menjadi gol mesin.

Untuk melihat video dengan lebih lengkap, sila lihat dibawah.

Related posts