Video : Faizal Tahir ‘Menangis’ Kerana Mo Salah

Jatuh air mata lelaki penyanyi tersohor Malaysia, yang merupakan juga peminat tegar Liverpool FC dikalangan artis Malaysia.

Semuanya gara-gara Mohamed Salah. Yang memenuhi impian Ammar, pelarian berusia 16 tahun dari Syria.

Ammar begitu berkeinginan untuk bertemu dengan Salah. Dan terima kasih juga kepada Make-A-Wish, Liverpool dan Salah sendiri, yang menyempurnakan impian remaja ini.

Selepas meninggalkan negara yang penuh dengan konflik peperangan, Ammar dan keluarganya menetap di Charlotte, Carolina Utara sejak dua tahun lalu.

Remaja itu lalu dihadiahkan jersi Liverpool siap ditandatangani Salah, serta tidak lepas peluang untuk bergambar sama dengan Salah.

šŸŽ„ Jom tengok !

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on

Video penuh disini.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Instagram

#ynwa
#oncearedalwaysaredšŸŒ¹

Post Author: Sepet LMreds