Video : Ini Adalah Cerita Kapten Kami, Kapten Henderson Dari Liverpool

Kapten yang datang dari Sunderland sejak 2011 yang lalu.

Datang sebagai seorang remaja berusia 17 tahun, membangun kini menjadi seorang lelaki dewasa yang cukup matang di usia 28 tahun, dengan semangat yang tinggi, berkerja keras, sangat tekun berusaha dan memiliki bakat berjuang yang tinggi untuk memenangi perlawanan.

Ini adalah kisah Jordan Henderson, kapten kami, kapten kesayangan Liverpool.

Dari hampir dihantar ke Fulham dalam perjanjian ‘swap’ dengan Clint Dempsey, kini menjadi kapten salah sebuah kelab bola sepak terbesar di dunia, Henderson telah membuktikan yang kebanyakan pengkritiknya adalah salah dalam menilai dan mengkritik beliau dari semasa ke semasa.

Sentiasa ingat, pembenci tidak akan selamanya menjadi pembenci.

Oleh itu, Henderson akan jadikan kritikan-kritikan tersebut sebagai insentif besar untuk beliau terus ‘GO FOR IT’.

Mereka yang membenci, akan berhenti sekiranya mereka dapat melihat visi yang dibawa Henderson dalam Liverpool.

Berikut adalah luahan kata hati kapten hebat ini setelah selesai menandatangani perjanjian 5 tahun yang baru bersama kelab Liverpool FC, yang mana akan mengikat beliau di Anfield sehingga 2023.

🗣️ | Kapten berkata, :

Tidak ada tempat lain di dunia yang saya sangat suka bermain bola sepak. Saya mahu berada di sini selagi boleh. Terasa seakan sama seperti saya turunkan tandatangan yang pertama, lama dulu. Macam baru semalam ja, rasa sangat sekejap, tapi telah banyak perubahan yang berlaku selepas itu.

Pada yang tidak suka, bertabahlah. Dia akan lama lagi bersama Liverpool. Kata Klopp, cuba belajar untuk menghormati kapten kesayangan Liverpool ini. 💪

Buat kapten, walau apapun yang beliau percaya, atas sebab apa pun impian beliau, yang pertama sekali adalah KEYAKINAN !

Hakikat hidup yang sebenar, kepercayaan yang tinggi adalah langkah pertama, disusuli dengan yang kedua adalah mengambil tindakan.

Kapten kami ini, Jordan Henderson, walaupun mempunyai ramai pengkritik dikalangan peminat Liverpool sendiri, beliau tetap melakukan sesuatu yang luar biasa hebat buat Liverpool, seterusnya meletakkan diri beliau sememangnya layak menjadi kapten bagi kelab terhebat didunia ini.

Jika tidak, masakan Klopp begitu memberi kepercayaan penuh sehingga begitu menghormati, malah meminta agar semua peminat Liverpool seantero dunia untuk menghormati sama kapten berjiwa Reds ini.

🗣️ | Klopp tentang penandatangan perjanjian baru kapten Henderson :

Ini adalah berita hebat, yang sudah pasti bukan menjadi satu kejutan buat semua. Dia sempurna untuk kita, dan kita juga terbaik untuknya. Saling melengkapi.

Bagi Klopp, Henderson menunjukkan dengan sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan menjadi seorang pemain Liverpool, dalam era bola sepak moden ini. Yang mana, segalanya boleh dilihat melalui tindakan kapten di dalam dan luar padang. Secara tidak langsung, kapten adalah wakil bagi lambang dan jersi Liverpool yang sangat teristimewa ini.

Yang jelas, kapten Liverpool ini juga tidak pernah mengambil melebihi keperluannya, dia berusaha dan belajar untuk menjadi yang terbaik buat pasukannya di setiap masa.

Kami sayang kapten kami, Jordan Henderson ! 💪

Kami menghargai dedikasi dan semangat juang kapten kami, yang begitu tinggi untuk kelab hebat ini.

Kapten, ‘You’ll Never Walk Alone’.

🎥 Jom tengok !

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Instagram | YouTube

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds