Video : Koleksi Pelbagai “Sambutan Gol” Yang Dilakukan Roberto Firmino 2015-2018

Daripada Sepakan “Kung-Fu” , Tembakan Mesingan dan pelbagai sambutan yang lain, Roberto Firmino ketahui bagaimana dirinya patut menyambut setiap gol yang ada.

Yang terbaru, samada ianya sepakan kung-fu atau sepakan ‘capoeira” ianya tidak menjadi masalah kerana Roberto Firmino tahu bahawa setiap gol  yang diraikan mempunyai elemen ‘style’ yang tersendiri.

Pada musim ini, Roberto Firmino banyak melakukan aksi-aksi sebenarnya.

Dalam perlawanan menentang Porto pada awal Khamis Liverpool, Firmino telah menjaringkan gol ke 21 dalam semua kejohanan, satu jumlah gol yang paling banyak dalam kariernya bersama Liverpool sejak 2015 yang lepas.

Roberto Firmino hanya perlu 1 gol sahaja untuk menyamakan rekod terbaik dalam kariernya iaitu ketika bersama Hoffenheim 4 musim yang lepas. Ketika ini ianya seolah tidak berganjak dan menurun pun malah mungkin Roberto Firmino akan berterusan untuk jaringkan gol.

Perlawanan tersebut, Roberto Firmino menggayakan sambutan teknik ‘ala martial art’ yang turut ditiru oleh ‘peniru abadi’, Sadio Mane.

Sambutan tersebut meningkat portfolio koleksi sambutan Roberto Firmino itu.

Sejak berpindah ke Anfield pada musim panas 2015, Firmino telah menjaringkan 44 gol dan sentiasa mempunyai sambutan gol unik dan tersendiri.

Jika masih ingat lagi, sambutan gol ketika menentang Swansea dengan ledakan dan tembakan mesingan, tarian ketika menentang Crystal Palace dan pelbagai lagi menjadikan ramai peminat menanti gol yang dijaringkan oleh Firmino bagi menunggu apakah aksi sambutan gol yang terbaru dilakukannya.

Roberto Firmino pernah mengatakan mengapa dirinya menyambut semua gol dalam satu temuramah yang dilakukan sebelum ini.

“Ianya membuatkan anda rasa seronok apabila jaringkan gol. Sejak menjadi pemain profesional, saya kadang kala akan berfikir sebelum ke padang, sambutan gol yang bagaimana yang saya akan lakukan jika jaringkan gol.”

Roberto Firmino menambah lagi selepas itu,

“Saya akan cuba lakukan sambutan yang baru. Jika saya tidak jaringkan gol saya akan sedih. Bila saya jaringan gol, saya seronok waktu itu dan ianya akan buatkan saya gembira.”

Maka diharapkan sambutan dan kreativiti ini diteruskan……

Saksikanlah koleksi video sambutan gol Roberto Firmino sepanjang berada di Anfield

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds