Video : Reaksi ‘Lucu’ Klopp Terhadap Gol Firmino Menunjukkan Yang Keputusan Perlawanan Persahabatan Tidak Penting

Sedikit kelakar, dan bayangkan jika reaksinya ini beliau persembahkan semasa perlawanan vs West Ham nanti. 🤣 Aiyok !

Roberto Firmino memberikan Liverpool gol pertama dalam perlawanan vs Torino, yang merupakan perlawanan persahabatan terakhir pra-musim.

Usaha Liverpool kemudiannya diteruskan oleh Gini Wijnaldum bagi menjadikan Liverpool didepan dengan jaringan 2-0.

Tetapi, kelihatannya Jurgen Klopp seakan tidak peduli … langsung tidak meraikannya.

Di bawah, korang lihat sendiri gol jaringan Firmino, dan reaksi Klopp. Lagaknya seperti sedang tidur. 😂

Seperti yang kita ketahui, aksi persembahan dan kecergasan adalah segalanya yang berkaitan secara langsung dalam perlawanan persahabatan.

Kemenangan Liverpool Ke Atas ​​Man City, Klopp Rasa Biasa

Dan sekurang-kurangnya Klopp dapat lemparkan sedikit senyuman manis beliau. 😆

Sekiranya Firmino dapat berikan apa yang telah beliau beri dalam perlawanan persahabatan ini, untuk perlawanan pembukaan PL pada hari Ahad vs West Ham, sudah pasti reaksi Klopp berbeza daripada sekarang.

Ingat, bagaimana terujanya Klopp setiap kali pemainnya jaringkan gol dalam perlawanan kompetitif.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : YouTube | Twitter

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds