Video : Sehebat Mana Shaqiri

Shaq do do Shaq do do Shaq ! 🤣

Haha, lagu sambutan bangsa Liverpool buat Shaqiri. Atau nama penuh beliau Xherdan Shaqiri, yang kini berusia 26 tahun.

Perjanjian sah !
Dimerterai dengan Liverpool mengakad lafaz sebanyak £ 13 juta untuk mengikat Shaqiri selama 5 tahun.

🎥 Jom tengok !

Admin :

Sumber YouTube adalah pengenalan awal kita kepada Shaqiri. Langsung atau mungkin sedikit cuma boleh menjelaskan kehebatan beliau sebagai seorang pemain bola sepak.

Rata-rata kita mengenali beliau seorang pemain yang lincah, walaupun orangnya rendah. Selagi dia tidak bersama beradabtasi dengan skuad The Reds,cselagi itulah kita tak tahu keupayaan beliau yang sebenar bersama Liverpool.

Ingat !

Klopp sentiasa pesan, supaya bagi masa pada pemain baru. Tidak semua pemain sebertuah Mane atau Salah, yang begitu memberi impak semaksima mungkin walau hanya di musim pertama bersama Liverpool.

Contoh, Alex Oxlade-Chamberlain, perlu masa untuk seketika juga bagi benar-benar serasi bersama skuad Liverpool.

Kita, tetap teruskan sokongan, semuanya demi yang terbaik buat skuad merah darah Liverpool ini. 💪

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : YouTube

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds