Video : Sisi Gelap Alisson Becker, “Calmness & Rebound Direction After Initial Save”

Saya selaku penulis tidak suka ‘mencungkil’ keburukan setiap pemain. Namun, bagi me’relevan’kan pandangan untuk bak penjaga gol termahal di dunia, anda harus mempunyai pandangan pro dan kontra.

Alisson bakal menjadi penjaga gol termahal di dunia pada kadar harga 75 juta Euro atau 66 juta pound.

Melihat kepada ramai peminat Liverpool ianya seakan terlalu ‘excited’ seolah-olah Alisson ini tidak mempunyai sebarang kekurangan.

Yalah, melihat kepada video yang dikompilasikan tenyata video terhebat dan terhandal sahaja. Pelbagai save yang tidak masuk akal dilakukan. Namun, Alisson ini mempunyai 2 kekurangan yang sangat ketara.

Kekurangan yang paling ketara adalah ‘ketenangan’ mengendalikan situasi genting yakni situasi ‘pressing’ daripada pemain lawan. Dalam video ini, ketaranya anda dapat melihat bagaiamana Alisson mengendalikan bola ketika situasi itu. Dan juga kelihatan ianya bukanlah yang ‘terbaik’

Seterusnya kekurangan yang tidak ketara tetapi memberi mudarat yang besar adalah daripada kekuatannya sendiri. Alisson mempunyai kekuatan untuk menahan bola atau save bola daripada jarak jauh dan dekat. Mempunyai reflek yang sangat menakjubkan. Namun, anda perlu melihat arah bola yang terbias daripada tampannya. Jika anda amati, bola muntah tersebut ke arah ‘center of def’ atau ke arah tengah kotak penalti yang mana selalunya wujudnya penyerang atau ‘extra man’ bagi pasukan lawan. Bagi situasi ini, pemain seperti Nistelrooy, Inzaghi, Kane, Vardy dan beberapa penyerang lain yang sentiasa berada dalam kotak D itu hanya perlu melakukan ‘simple tap’ ke gawang dan terus gol.

Lihat video ini.

Walaubagaimanapun, memandangkan Liverpool dan Jurgen Klopp telah memilih Alisson sebagai penjaga gol utamanya, maka, selaku peminat Liverpool yang sejati, anda haruslah menyokong dan mempercayai kewibawaan Jurgen Klopp dan Michael Edward itu.

Yang pasti, Alisson dibeli atas dasar ‘distribution’-nya yang menjadi senjata utamanya. Perkara ini akan dikorek lagi pada artikel pada masa akan datang.

Post Author: Bos LMreds