Virgil van Dijk Nyaris Buat ‘Hatrik’ vs Arsenal

Virgil terlibat dalam keseluruhan perlawanan, baik diseparuh masa pertama mahupun diseparuh masa kedua perlawanan.

Lebih dari itu, Van Dijk memainkan peranan yang lain selain menjadi ‘centre-back’ kepada skuad Reds, dalam perlawanan vs Arsenal.

Mantap dalam menjadi pertahanan kukuh buat Liverpool, dalam masa mengungguli perlawanan dengan 1-0, sebelum gol penyamaan dijaringkan Alexandre Lacazette pada minit ke-82, seterusnya memadamkan satu lagi catatan ‘clean-sheet’ buat Liverpool.

Namun, Van Dijk hanya tidak bernasib baik dalam membantu Liverpool dengan memberi sumbangan gol, setelah mendapat tiga peluang.

Sekiranya menjadi, hatrik pasti terpahat buat pemain pertahanan termahal didunia ini.

Leno menjadi dalang dalam dua percubaan Van Dijk, satu ketika situasi satu lawan satu, dan keduanya menepis hasil tandukan padu ‘si galah’ Liverpool ini.

Dan satu lagi, melalui tandukan juga, namun tersasar. Sikit lagi ..

Admin :

Semakin dekat Van Dijk. Usaha, dan usaha lagi. Keyakinan sudah beliau ada. 💪

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds