Virgil Van Dijk : “Saya Hanya Melakukan Tugas Saya”.

Beliau kembali ke St Mary sebagai pemain Liverpool dan memperagakan persembahan mantap meskipun dicemuh sepanjang perlawanan.

Dan beliau juga menyatakan kegembiraannya kembali ke sini bersama Liverpool.

Dua gol hasil jaringan Roberto Firmino dan Mohamad Salah sudah cukup memberikan Liverpool 3 mata dengan Van Dijk bersama barisan pertahanan untuk tidak dibolosi malam tadi.

Pemain antarabangsa Belanda itu berhijrah dari Southampton ke Liverpool Januari lepas dengan nilai £75 juta, dan kelihatan kental sepanjang perlawanan.

Menurut Van Dijk :

“Mendahului 2 gol sangat berbahaya. Bila mereka menjaringkan gol yang mereka perlukan situasi permainan mudah berubah”.

“Ianya satu kemenangan yang penting buat kami mengukuhkan asas untuk ke UCL semula dan saya seronok menikmati perlawanan ini”.

“Saya seronok dan fokus untuk perlawanan ini sahaja. Walaupun begitu saya juga seronok dapat kembali ke sini, banyak memori indah di sini dan saya lakukan banyak perkara baik di sini”.

“Malangnya mereka tidak berada dalam kedudukan yang bagus buat masa sekarang namun sebagai pemain Liverpool saya amat gembira dengan kemenangan ini”.

“Anda tidak dapat mengubah persepsi mereka terhadap saya. Saya hanya menjalankan tugas saya sahaja”.

Kemenangan ini meletakkan Liverpool di tangga ketiga EPL dengan hanya 2 mata dipisahkan dari pasukan tempat kedua Man United.

ADMIN

Ada banyak lagi perlawanan dan diharap Van Dijk dapat mengekalkan prestasinya.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts