Virgil Van Dijk Tidak Akan Disanjung Sebagai Pemain Terbaik Menjelang Penghujung Musim Liga Perdana

Bintang Liverpool yang hangat diperkatakan semenjak ketibaannya di Anfield, diramalkan akan merudum – ‘Dia tidak akan menjadi pemain nombor satu di penghujung musim nanti

Itulah kenyataaan pundit ESPN, Alejandro Moreno, yang percaya pemain pertahanan Liverpool itu akan diabaikan kerana majority akan memihak kepada prestasi penyerang.

Van Dijk adalah antara tonggak utama di barisan belakang The Reds, yang kini mengetuai jadual Liga dengan membelakangkan Manchester City.

Moreno, bagaimanapun, berpendapat bahawa Mohamed Salah bakal mendahului carta pencapaian gol sekali lagi musim ini sekaligus akan memastikan dia dimahkotai pemain terbaik tahun ini.

Apabila ditanya sama ada Van Dijk adalah pemain nombor satu dalam Liga Perdana, Moreno memberitahu ESPN FC:
“(Ya) Sekarang dia, tapi saya tidak fikir dia akan menjadi nombor satu pada akhir musim. Kerana saya fikir kejohanan ini dan liga ini akan dimenangi pada separuh kedua musim ini.
“Bagi Liverpool, bukan sahaja mereka perlu pertahanan yang baik, (semestinya) mereka harus mempertahankan dengan baik, tetapi saya fikir apa yang kita lihat dari Mohamed Salah dalam trendnya sekarang, dia mungkin akan menjadi penjaring gol terbanyak dalam liga.”
“Biasanya, jika anda mempunyai pasukan yang menang dan anda mempunyai seorang pemain yang mempunyai gol yang paling banyak menjaringkan gol dalam liga itu, pemain penyerang yang akan mendapat kredit.”
“Melainkan untuk Ballon d’Or, kita tidak memberikannya kepada pemain penyerang, kita akan mencari sesuatu yang lain.’
“Jika anda mencari sesuatu yang lain, Virgil Van Dijk sudah tentu patut mendapatnya.”

Ramai yang mempersoalkan Liverpool apabila mereka membawa Van Dijk ke Anfield dengan £ 75 juta. Namun kini, bayaran itu boleh dikatakan bukanlah begitu mahal jika dibandingkan dengan persembahan Van Dijk.

Wartawan Julien Laurens percaya pemain berusia 27 tahun itu turut memotivasikan pemain di sekelilingnya.
“Saya memilih Van Dijk [sebagai nombor satu]. Saya rasa dia membuat pemain di sekelilingnya lebih baik. Dia membuat [Andrew] Robertson lebih baik, dia menjadikan Joe Gomez lebih baik, Trent Alexander-Arnold dan juga Alisson.”
“Dan jika anda melihat dari segi statistik, kelab Liverpool sebelum Van Dijk tiba, saya rasa mereka bolos 1.21 gol bagi setiap permainan, dan sejak Van Dijk tiba, ia adalah 0.5 gol/permainan dalam 32 perlawanan yang dimainkannya di kelab.”
“Ianya luar biasa. Pengaruh dan kesan Van Dijk terhadap pasukannya saya fikir adalah hebat dan pemain istimewa mempunyai kesan seperti itu ke atas pasukan baru.”

Admin – Secara umumnya, apabila sesebuah kelab memenangi liga, penyerang yang akan dipuji terlebih dahulu. Tetapi sekiranya Liverpool menjulang piala nanti, kreditnya pasti akan diberikan kepada seluruh pasukan, pengurus skuad-Klopp dan juga peminat. Setiap player Liverpool adalah number one di hati peminat.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Daily Star/Echo

Post Author: Wade Wilson