Watford vs Liverpool FC : Info Perlawanan Malam Ini

Cuti rehat perlawanan antarabangsa telah berakhir dan Liverpool akan bertandang ke Vicarage Road untuk perlawanan EPL seterusnya.

Jurgen Klopp berharap anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas 2 minggu lepas membenam cabaran Fulham di Anfield.

Liverpool merupakan pasukan yang belum mengalami kekalahan musim ini, dan mahu mengekalkan rekod itu ketika pertemuan menentang Hornets.

Stadium

Vicarage Road, yang terletak 196 batu dari Liverpool. Perjalanan yang mengambil masa kurang dari 4 jam.

Sepak Mula 

Di England, jam 3 petang waktu tempatan.  Manakala di Malaysia, jam 11 malam.

Tontonan

Untuk yang berada di UK, tiada siaran langsung akan ke udara ketika itu.

Namun di Malaysia, siaran langsung boleh diikuti menerusi siaran Astro Supersport 810 / 831 HD.

Seperti biasa, tiada live FB dan live streaming disediakan namun jika ada link kami akan kongsikan bersama anda.

Pengadil Perlawanan

Jonathan Moss.

Beliau bukanlah pengadil yang popular di kalangan peminat Liverpool, dengan beliau pernah melayangkan kad merah kepada Sadio Mane ketika menentang Man City musim lepas.

Selain itu, dua penalti kontroversi beliau ketika mengadil perlawanan Liverpool – Spurs musim lepas pastinya masih diingati setiap peminat Liverpool.

Terkini Mengenai Skuad Liverpool 

Naby Keita difahamkan telah pulih dari kecederaan hamstring dan telah terlepas 5 aksi perlawanan. Beliau telah pulih sejak 2 minggu lepas lagi, dan diturunkan pada masa kecederaan ketika menentang Fulham.

Jordan Henderson yang dihantar pulang dari skuad England juga dilaporkan telah pulih.

Roberto Firmino, Fabinho dan Alisson telah kembali dari tugasan antarabangsa setelah Brazil menumpaskan Cameroon 1 – 0 di MK Dons.

Rhian Brewster dan Alex Oxlade Chamberlain masih tersisih, manakala Adam Lallana mungkin dilaporkam mengalami sedikit kecederaan.

Pasukan Watford

Roberto Peyreyra adalah pemain berbahaya Watford, dengan telah menjaringkan 5 gol sepanjang musim ini setelah berhijrah ke kelab tersebut dengan nilai £16 juta.

Manakala Abdoulaye Doucoure adalah pemain tengah yang amat penting dalam pasukan Watford. Beliau telah terlibat dalam 4 “assist” musim ini dan pemain ini telah meletakkan nama beliau selaku penjaring dalam perlawanan musim lepas.

Rekod Perlawanan Sebelumnya

Seri 3 – 3 di Vicarage Road pada perlawanan pembukaan musim lepas.

Miguel Britos menjaringkan gol di lewat perlawanan bagi mengikat kedua dua pasukan untuk berkongsi mata.

Sebelum itu Mo Salah melakukan penampilan pertamanya bersama Liverpool dan menjaringkan gol “debut” untuk beliau.

ADMIN

Ramalan anda?

Sukar nak meraih 3 mata penuh ke atas Watford, namun apa sekalipun kita masih percaya dengan kebolehan pemain Liverpool untuk meraih sesuatu di sana pada malam ini.

YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman