West Bromwich Albion vs Liverpool FC : Info Perlawanan Petang Ini

Liverpool akan ke The Hawthorns hari ini untuk menghadapi saingan liga sebelum kembali ke kancah pertandingan Eropah minggu hadapan.

SEPAKMULA

Waktu di UK, jam 12.30 tengahari. Manakala di Malaysia, 7.30 malam.

TONTONAN

Penyokong lawan di WBA memaklumkan tiket sudah habis terjual.

Namun siaran langsung di UK dapat diikuti menerusi Sky Sports Premier League.

Siaran langsung di Malaysia, Astro Supersport 816 / 834 HD.

Kami tidak menyediakan link live streaming dan live FB tetapi jika ada, kami akan kongsikan.

PENGADIL PERLAWANAN

Stuart Attwell.

Beliau akan dibantu oleh Jon Moss.

PEMAIN TUMPUAN

West Bromwich Albion

Jay Rodriguez merupakan pemain serangan yang perlu diberikan tumpuan.

Pertemuan kali terakhir ketika aksi FA Cup menyaksikan beliau menjaringkan 2 gol untuk membenam Reds di Anfield, manakala beliau juga menjaringkan gol kemenangan di Old Trafford minggu lepas.

Selain itu Solomon Rondon juga harus diberi perhatian dengan 6 gol musim ini.

Liverpool FC

Mo Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane berkemungkinan besar akan digandingkan semula hari ini. Jurgen Klopp telah menyatakan bahawa beliau tidak akan merehatkan pemain utama untuk kekal di Top Four hingga musim berakhir.

Virgil Van Dijk dan Andrew Robertson mungkin akan diletakkan untuk menggerakkan serangan dari bahagian bawah. Dan diharap barisan pertahanan lain akan menjalankan tugas dengan baik hari ini.

PENGURUS WEST BROMWICH ALBION

Darren Moore adalah pengurus sementara WBA, dengan Alan Pardew telah dipecat oleh kelab pada awal April.

Beliau adalah jurulatih pasukan remaja kelab sebelum dinaikkan menjadi pembantu pengurus pada musim ini.

Sentuhan beliau dalam 2 perlawanan terakhir tidak mengecewakan.

KECEDERAAN & PENGGANTUNGAN

West Bromwich Albion

Gareth Barry dan James Morrison adalah 2 pemain yang masih tersisih. Kedua duanya mengalami kecederaan lutut dan Achilles yang memaksa mereka tersisih untuk baki musim ini.

Nacer Chadli, Hal Robson Kanu dan Jonny Evans berkemungkinan besar akan diturunkan untuk perlawanan hari ini.

Daniel Sturridge tidak akan bermain menentang ‘parent club’ sendiri.

Liverpool FC

Dejan Lovren dan Joe Gomez dilaporkan sudah pulih dan mungkin akan diturunkan hari ini.

Manakala Nathaniel Clyne, Adam Lallana dan Emre Can masih lagi tersisih akibat kecederaan.

Selain itu, Joel Matip masih mengalami kecederaan jangka panjang.

PERTEMUAN TERAKHIR

VAR menjadi penentu ketika itu.

Liverpool tewas 2 – 3 dalam aksi pusingan keempat FA Cup di Anfield.

Roberto Firmino menjaringkan gol awal buat Liverpool namun dua gol pantas oleh Jay Rodriguez membuatkan WBA mendahului di Anfield.

Jaringan sendiri Joel Matip pada lewat separuh masa pertama membuatkan pasukan WBA mendahului selesa 3 – 1, dan gol lewat dari Mo Salah belum cukup menyelamatkan Liverpool ketika itu.

Perlawanan liga sebelumnya berakhir dengan keputusan seri 0 – 0.

FAKTA PERLAWANAN

WBA hanya memenangi 2 perlawanan dari 32 perlawanan sebelumnya. Kali terakhir adalah minggu lepas menentang ….. Erm.

Mo Salah akan mengikuti jejak langkah Alan Shearer, Cristiano Ronaldo dan Luis Suarez untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang musim liga dengan 31 gol jika berjaya melakukannya hari ini.

ADMIN

Ramalan anda?

Sukar …. Tapi tetap yakin bahawa Liverpool akan beroleh sesuatu pada hari ini. Apapun YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts