Xherdan Shaqiri Akan Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Di Melwood Dalam Masa Terdekat

Liverpool mengaktifkan klausa pelepasan untuk pemain ini sekaligus hampir mencapai persetujuan dengan Stoke City.

Dan beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat untuk melengkapkan perpindahannya ke Liverpool sekaligis menjadi perpindahan masuk ketiga dalam skuad utama The Reds musim ini.

Shaqiri mendapat tawaran dari pelbagai kelab di Eropah selepas Stoke tersingkir dari Liga Perdana, namun selepas Liverpool berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya beliau terus membuat keputusan untuk ke Anfield.

Dengan Switzerland yang mengakhiri kempen Piala Dunia 2018 minggu lepas, beliau dijangka melakukan penampilan pertama dalam aksi kunjungan pramusim Liverpool ke Amerika Syarikat.

Jurgen Klopp percaya kehadiran beliaj akan menambahkan lagi sengat di bahagian serangan berdasarkan pengalaman yang dimilikinya sebelum ini.

Sebelum ini Liverpool difahamkan mahu mencari pemain yang boleh menggantikan Mane atau Salah jika mereka berdua direhatkan. Pakar bola mati ini dianggap calon sesuai untuk mengisi slot itu.

Bos Liverpool ini menyatakan kekagumannya setelah melihat aksi beliau bersama Bayern sebelum ini. Beliau merupakan sebahagian skuad Bayern yang telah menewaskan Borussia Dortmund pada 2013.

Sejak menyertai Stoke pada 2015, Shaqiri menjaringkan 15 gol dari 84 penampilan bersama kelab.

ADMIN

Jika tidak ada masalah, beliau akan diumumkan sebagai pemain Liverpool yang baru pada hujung minggu ini.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman