Xherdan Shaqiri Di Umpamakan ‘Signing Of The Year’ Menjelang Pertembungan Dengan Chelsea

Peminat LIVERPOOL telah mengumpamakan Xherdan Shaqiri sebagai ‘signing of the year’, menjelang pertembungan Reds dengan Chelsea pada hari Khamis ini.

Pertembungan yang ditunggu-tunggu, antara perlawanan besar melibatkan dua pasukan 4 teratas liga, tapi untuk Khamis ini menerusi Carabao Cup terlebih dahulu.

Pasukan Jurgen Klopp mengukuhkan kedudukan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-0 ke atas Southampton.

Tetapi peminat terkejut apabila Shaqiri, yang menyertai Liverpool pada musim panas baru ini dari Stoke, digantikan dengan Milner pada separuh masa kedua perlawanan, oleh Klopp.

Dan rancangan kegemaran ramai peminat Liverpool The Anfield Wrap, melalui pengacaranya Gareth Roberts bersama Craig Hannan di YouTube membincangkan impak yang ditunjukkan Shaqiri dalam 45 minit permainannya.

Yang mana kata pengacara tersebut, berdasarkan kepada minit pertama Shaqiri diturunkan, sehinggalah kepada beliau dikeluarkan, sama ada peminat melihat sesuatu telah ditarik dari penglibatan Shaqiri.

Peminat Liverpool, Craig bersuara .. :

Saya rasa dia sangat cemerlang. Setiap kali dia dikeluarkan, semua orang tertanya-tanya adakah dia cedera.

Baca komen Klopp selepas perlawanan, dia mengatakan yang mereka bermain sistem yang sedikit berbeza. Tapi mereka berjaya skor 3-0.

Klopp tidak pernah mengeluarkan mana-mana pemainpun sebelum ini, yang beraksi hebat di separuh masa pertama dan itu pada asasnya adalah taktik permainan. Sebab dia mahu kembali kepada sistem yang biasa mereka gunakan.

Yang pasti, boleh nampak jelas dari semua aksi persembahan Shaqiri sehingga dia dikeluarkan, yang menunjukkan dia bermain bola sepak untuk kita semua, dengan bersungguh-sungguh demi kita semua.

Gareth kemudiannya mengatakan sesuatu, bagi membangkitkan lagi sokongan buat pemain antarabangsa Switzerland itu.

Dia boleh menang untuk kita pada hari Rabu ini (hari Khamis waktu Malaysia). Dia boleh memulakan perlawanan tersebut, seterusnya cuba mendapatkan hatrik.

.. kata Gareth.

Dan Craig menjawab, :

Setiap kali saya melihatnya (Shaqiri), dia berasa dia seorang yang pelik tapi saya sukakan dia.

Dia pasti akan mengkagumkan pada hari Rabu ini, semestinya dia akan diturunkan. Dan saya tidak akan terkejut melihat dia bakal menjadi salah seorang pemain yang paling berpengaruh dalam skuad Reds.

Nampak jelas, yang dia begitu gembira bermain untuk Liverpool.

Dan Anfield semestinya begitu kagum dengan penandatangan Shaqiri.

Peminat Liverpool yang lain turut sama mengulas, :

Semoga dia menjadi ‘signing of the year’ di Liga Perdana Inggeris.

Kalau dia terus beraksi seperti ini, sukar bagi Klopp untuk menidakkannya turun dalam kesebelasan utama Liverpool.

Admin :

Korang ?

Pandangan tentang Shaqiri, dan adakah sama mengharapkan beliau diturunkan dalam perlawanan Liverpool vs Chelsea nanti ?

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Daily Star

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds