Xherdan Shaqiri Semakin Hampir Ke Anfield

Pemain ini mahu menyertai Reds dan Stoke menjangkakan beliau akan ke Anfield.

Liverpool semakin hampir mendapatkan khidmat Xherdan Shaqiri dan difahamkan perbincangan untuk mendapatkan pemain ini berjalan lancar, dengan Stoke bersedia untuk kehilangan khidmat beliau setelah kelab itu tersingkir ke Liga Championship musim ini.

Shaqiri yang mempunyai klausa pelepasan sebanyak £13.5 juta sahaja, sedang mempertimbangkan pilihannya setelah berakhirnya kempen Piala Dunia beliau bersama Switzerland minggu lepas.

Echo difahamkan bahawa beliau lebih memilih untuk ke Liverpool dan menjangkakan beliau akan menyertai kelab itu dalam masa terdekat.

Namun Stoke juga berharap perbincangan ini mampu memberikan sesuatu kepada Stoke yang mahukan seorang pemain muda Liverpool menyertai kelab itu secara pinjaman secara semusim. Stoke merupakan salah satu kelab yang berminat terhadap Harry Wilson, dan mereka juga telah mengemukakan pertanyaan mengenai situasi Sheyi Ojo.

Sebelum ini Shaqiri telah memberikan kenyataan untuk kekal di kelab Liga Perdana Inggeris :

“Anda akan mendengar mengenai situasi masa depan saya dalam masa terdekat”.

“Namun sekarang ini saya tidak memikirkan itu dan hanya tumpukan perhatian kepada pasukan kebangsaan saya. Ianya normal jika sesuatu kelab itu berminat dengan seseorang pemain buat masa sekarang”.

“Sudah semestinya saya mahu kembali beraksi di pentas tertinggi bolasepak. Semua orang tahu mengenai itu”.

Shaqiri menyertai Stoke dari Inter Milan 3 tahun lepas. Sebelum itu, beliau bermain di Basel dan ke Bayern Munich pada 2012.

ADMIN

Masanya sudah tiba untuk anda kembali ke pentas tertinggi bolasepak, Xherdan Shaqiri.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman